Khamis, Mei 30, 2024

Berhujung Minggu Di Perlis

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kali ini nak buat catatan perjalanan berhujung minggu di Perlis pada hujung minggu baru ini. Tujuan utamanya kerana puan isteri ada jemputan untuk Karnival Jom Masuk U 2024 Zon Utara. Karnival ini di buat di Universiti Malaysia Perlis atau UNIMAP. Awal-awal pagi kami dah gerak dari Penang ke Perlis. Terus gerak sahaja selepas subuh tu sebab nak bersarapan di Kedah atau Perlis, satu lagi sebab mengejar masa perasmian karnival tu. Bila tengok masa masih ada kami pun singgah bersarapan di kawasan Changlun, dekat-dekat dengan Perlis dah. Tengah-tengah drive tiba-tiba rasa sakit dada jadi bila nampak kedai makan terus berhenti. Entah mengapa kadang-kadang sakit dada ini datang. Biasanya diketika sejuk atau lapar.

Sampai di warung tepi jalan kami pun bersarapan ringkas sebelum meneruskan perjalanan ke UNIMAP. Bila puan isteri dah selesai programnya kami plan nak makan tengah hari, punyalah tak tahu nak makan di mana sampai ke Padang Besar kami sampai. Jalan2 sedikit di Padang Besar kemudian kami pun bertolak ke Kangar untuk ke hotel. Berehat sampai ke petang sampailah hampir waktu Maghrib. Aku memang dah rancang awal untuk ke Masjid Alwi jadi Maghrib sampai Isyak tu sempatlah menghabiskan masa di Masjid Alwi. Dapat juga mendengar kuliah yang disampaikan oleh imam masjid sendiri. Satu yang menariknya Perlis ni, mereka beramal berdasarkan dalil, contohnya bila selepas solat zikirnya adalah secara sendiri-sendiri. Waktu kuliahnya tidak melanggar waktu solat. Bagus begini kerana mungkin ada jemaah yang ada urusan dan biasanya jika kuliah yang melanggar waktu solat makanya akan tertinggal pula amalan-amalan sunnah lain yang mungkin ada orang yang istiqomah beramal dengannya.

Oh terlupa pula, sebelum Maghrib itu kami sempat malan malam di Kabin. Menarik tempatnya dan menu-menunya juga pelbagai. Konsepnya ada banyak kedai dalam satu kawasan. Jadi boleh pilih-pilih ikut selera sendiri. Balik dari Isyak tengok semua orang dah tidur, kita pun teruslah masuk tidur. Keesokan harinya selepas bersarapan, ingatkan nak cari money exchange tetapi tak jumpa pula yang dekat. Akhirnya terpaksa ke Alor Setar untuk urusan tukar duit. Dalam perjalanan balik kami singgah di tempat rehat Gurun. Di situlah kami mencuba makan di Restoran Ramli Burger. First time mencuba Ramli ni, sedap juga pekena oblong dagingnya. Setakat ini sahaja, nanti bertemu dicatatan seterusnya InsyaAllah.

  

Masih banyak lagi bendang-bendang di Perlis.

Masjid Alwi di waktu hampir maghrib.

Cantik masjid putih dengan kubah hitam.

Nasi goreng dengan sotong masak pedas.

Kebab ayam.

Satay ayam dan daging Kangar.

Speghetti chicken butter.

Besar betul bekas airnya, tapi tak mengapa sebab cuaca pun panas.

Plaza Niaga Padang Besar yang baru.

Kenapa diringkaskan Padang jadi Pdg sahaja?

Sekian dahulu.

13 ulasan:

  1. Dah 3-4 tahun akak x pi Perlis..selalu ikut adik sebab mertua dia orang sana

    BalasPadam
  2. i pernah sampai kat perlis sekali jer tu pun masa matriks (puluhan tahun lps laaa) ie nak gi langkawi s naik feri dari kuala perlis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya macam tu lah, disebabkan nak ke Langkawi maka tersampailah ke Perlis.

      Padam
  3. Saya tinggal tak jauh dari Padang Besar, tapi masih belum pergi lagi bangunan baru tu 😄. Kalau nak makan-makan, rasanya memang tak ada tempat makan menarik di situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat atas tu ada banyak kedai makan, setiap kedai memanggil2 tetamu untuk makan di kedai mereka. Banyak yang menyajikan menu Siam. Yang menariknya di situ waktu akan jadi kurang satu jam sebab ntah macam mana phone akan ikut waktu Thailand. Terpinga-pinga dibuatnya.

      Padam
  4. cuma pernah pi Kuala Perlis untuk naik feri ke Langkawi. Tu pun pd thn 2005.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah tu cikgu. Mungkin boleh bawa family jelajah Perlis cuti sekolah nanti.

      Padam
  5. pernah smp perlis time kecik dlu skali je..tu pn ingat2 lupa

    BalasPadam
  6. Teringin juga ke Perlis sebab nak rasai bagaimana keadaan masjid dan jemaah di sana..

    BalasPadam
  7. Eh bagus juga aturan yg ditetapkan kampus di sana. Seharusnya memang jam belajar tak melanggar waktu sholat 👍

    Saya belum pernah ke Perlis lagi. Harap2 bisa melihat juga kotanya nanti.

    Be careful dengan sakit dada yg sering muncul bang. Mungkin ada bagusnya medcheck juga 🙏

    BalasPadam
  8. Dah lama dah tak singgah Perlis ni. Tak silap macam pernah singgah solat kat Masjid tu.

    BalasPadam
  9. kalau di sini kuliah Maghrib selalu sampai masuk solat Isyak, lepas kuliah, terus je solat berjemaah..mmg x sempat nk solat sunat...tak pernah gi Padang Besar...pernah sampai Kangar je..

    BalasPadam