Assalamualaikum dan selamat pagi. Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Eid Al-Adha kepada semua. Semoga Allah menerima ibadah yang kita laksanakan. Kali ini kami menyambutnya di kampung di Gombak. Pertamanya seperti sudah lama tidak mengikuti ibadah korban di sana, walaupun tidak masuk sebagai peserta korban atau petugas tetapi emak ada masuk korban. Jadi bolehlan bantu sikit-sikit melapah dan mengangkut sebahagian hasil korban. Dulu-dulu semasa tinggal sekali menang selalu join abah (rahimahullah) bertugas. Untuk tahun ini aku sendiri berkorban di hospital tempat aku bekerja.
Dari Penang kami tidur satu malam dahulu di Cyberjaya, sampai-sampai ada masalah pula iaitu access card deactive dan kereta tak boleh start. Masalah access card diactivate tu kena tunggu pejabat buka pula baru boleh selesai, terpaksa call security setiap kali nak keluar. Masalah kereta satu lagi yang tak boleh start tu bukan kali pertama terjadi. Bila bawa ke Honda check semuanya ok. Hairan juga, nanti nak kena minta mereka check lagi. Masalah diselesaikan dengan start pakai jumper. Bila dah start ok sahaja, takkan tinggal 3 hari dah problem, something wrong somewhere. Kereta masih baru tu.
Seterusnya pada hari Ahad baru ke Gombak, petang tu sempat mencari lemang di Gombak Utara, sambil mencari juadah berbuka puasa hari Arafah. Sempat membungkus ikan kembung masak singgang di sana. Harga lemang di kawasan dalam-dalam ni jauh murah dari yang di luar sana. Cara masaknya juga lebih tradisional dan nampak orang-orang kampung yang menguruskannya. Semangat sahaja nak membeli. lemangnya pun ok.
Kami solat Eid di Madrasah Al-Hilaliah, selang beberapa rumah sahaja. Bagus khutbah rayanya. Kemudian setelah bersarapan selepas solat kami ke tempat sembelihan korban di Dewan Kebajikan Gombak Setia. Sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan pada hari itu. Disebabkan banyaknya lembu proses untuk selesai menjadi lambat sehingga melanggar waktu solat Zohor. Mungkin akan datang boleh dipercepatkan agihan daging-daging. Kononnya nak makan sup tengah hari tu tapi tak dapatlah sebab dah lambat, kami pula nak kena tukar kereta dahulu di Putrajaya jadi tengah hari tu kami lunch di POP'S Eatery di Wangsa Maju. Menu yang dipilih ialah spicy cream cheese macaroni with grilled herbs chicken. Sedap menunya dan tempatnya cozy sangat. Waktu tu hujan agak lebat, makan di tingkat atas kedai dan nampak di luar pokok-pokok mengelilingi kedai.
Di sebalah malam baru dapat makan sup tulang, kononnya puan isteri yang nak masak sekali balik rumah tengok emak dah masakkan. Esoknya awal-awal pagi kami dah bertolak ke Penang sebab nak kena kejar time korban di hospital tempat aku bekerja pula. Korban di buat pada hari Selasa. Sampai rumah mengesup sekali lagi. Syukur, hanya dimusim korban dapat bermewah sedikit dengan menu-menu berasaskan daging. Setakat ini dahulu catatan kali ini.
|
Kad raya pengganti diri.
|
|
Membeli lemang di Gombak Utara.
|
|
Sebelum solat hari raya.
|
|
Setelah solat hari raya.
|
|
Emak berkorban tahun ini.
|
|
Kambing ni tak tahu bila nak dikorbankan.
|
|
Proses pembahagian daging korban.
|
|
Makan di POP'S Eatery Wangsa Maju.
|
|
Sup tulang dengan sambal kicap.
|
Sekian dahulu.
Salam Aidiladha!
BalasPadamsalam eidul adha to u and ur family
BalasPadamSalam Aidiladha ~ btw lamanya tak makan ikan masak singgang
BalasPadamsibuk sgt tu... ke sana ke sini pd hari raya haji. Semoga semuanya berjalan lancar. Aamiin...
BalasPadamSalam Aidil Adha 1445 Hijrah..
BalasPadamKambing tu boleh je diqurbankan terus hihiu
Duuuh sedapnya pasti lemang tuh 🤤🤤🤤🤤. Dah lamaaa sangat tak makan lemang. susah jumpa di JKT Ini. Kalo di Medan dan Aceh baru lemang banyaak dijual.
BalasPadamSerunyaa bisa beraya bersama Mak ya bang 👍
pernah try x beli lemang daun lerek tu? sy dgr kemain panjang q nya...
BalasPadamsiapa amik bahagian kepala tu? 😁😁 ada yg nk buat sup otak lembu ke?
byk btul 16 ekor lembu tu...mmg lama la proses nk siap agih smua tu... POP'S Eatery tu pernh mkn dlu lama dh...not bad sedap juga time tu order mini platter
BalasPadam