Ahad, Jun 23, 2024

Projek Memperelokkan Kasut Suede Menggunakan Dye

Assalamualaikum dan selamat petang. Di kesempatan waktu selepas Asar sambil menunggu-nunggu waktu Maghrib ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan pada blog ini. Catatan kali ini adalah berkenaan projek diy untuk memperelokkan kasut yang sudah agak lama. Lamanya kasut ini sampaikan warnanya sudah pudar seolah-olah warnanya telah luntur. 

Dalam dua minggu yang lalu entah macam mana telah tiba-tiba teringin nak pakai kasut yang satu ini. Kasut ini sejarahnya ia dibeli sewaktu melancong ke Spain suatu masa dahulu. Kasutnya adalah kasut kulit suede jenis brogue berwarna hitam. Suede ini adalah kulit terbalik, teksturnya seperti menggurutu sedikit dah tidak licin seperti kulit biasa. Bila dah dipakai tiba-tiba terfikir untuk mencari jika ada dye yang boleh digunakan untuk menghitamkan semula kasut yang telah pudar. Bila dicari-cari rupanya ada! Apa sahaja yang tidak ada sebenarnya, bila ada platform shopping online ni macam-macam benda boleh dibuat sendiri. Aku pun beli dua botol kerana ingatkan tak cukup rupanya satu botol telah cukup untuk sepasang kasut. Tidak mengapa kerana sebotol lagi boleh disimpan untuk keperluan akan datang.

Cara menggunakannya mudah sahaja, bersihkan dahulu kasut kemudian sapukan dye yang berasaskan alkohol ini merata di setiap tempat. Berus kecil telah dibekalkan sekali jadi tidak perlu risau untuk cari atau beli berus pula. Setelah selesai jemur sekejap kasut dan hasilnya lumayan berbaloi. Boleh lihat gambar-gambarnya di bawah.

Sementara itu sambil-sambil membuat catatan ini sedang mengikuti kajian berkenaan  hukum qada solat malam. Nabi saw jika tertinggal solat malam nabi saw akan mengqadakannya dalam waktu dhuha. Disebabkan solat malam nabi saw adalah 11 rakaat jika mengaqakannya, jumlah rakaat ditambah 1 rakaat menjadi 12 rakaat kerana solat sunat diluar waktu malam adalah genap jumlahnya. Wallahu 'alam. 

 

Dua botol dye hitam untuk restore warna kasut suede.

Sebelum diwarnakan.

Bersihkan dahulu dengan berus kasut.

Lihatlah perbezaan warnanya, sangat berbaloi.

Selesai diwarnakan keduanya dan dijemur sekejap.

Sekian dahulu catatan kali ini.

19 ulasan:

  1. Terus nampak baru dan masih bergaya...
    Solat sunat yg di qada walau diwaktu lain dibolehkam jika solat sunat itu telah menjadi amalam rutin kita .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tentang qada solat sunat tu, hanya jika solat malam dah jadi kelaziman.

      Padam
  2. wahhh nampak baru laaaa.mcm magic hahahah

    BalasPadam
  3. Sekarang ini memang dah banyaaak alat atau semir yg bisa mempercantik sepatu lagi. Saya pun beli juga, dan memang sepatu JD lebih awet dan nampak baru 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sesuai bagi yang suka menyimpan kasut atau kasut yang ada nilai tertentu.

      Padam
  4. kalau cakap kasut bau kedai pun ada org percaya😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, yang penting kita perlu melangkah dengan penuh keyakinan.

      Padam
  5. Ohhhh jadi macam baru. Suka kasut suede ni sebab lembut selesa. Cuma terkena salji sikit dulu, jadi mcm menggelupas. Alhamdulillah ada shoe spa di kuantan blh repair dgn harga sgt berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu tengok video orang repair kasut. Satisfying sangat tengok mereka merepair.

      Padam
  6. cantik... kembali jadi baru... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah boleh digilir-gilirkan dengan kasut lain.

      Padam
  7. Buatlah video... mesti dapat banyak view

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni kurang semangat sikit nak buat. Nanti bila dah buat video nak kena ada suara pula.

      Padam
  8. nampak elegen kasut nie...boleh digayakan dengan fesyen Koboi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada satu brogue suede ni. Kalau dapat yang high cut sikit pun ngam.

      Padam