Assalamualaikum semua, selamat bercuti extra long kerana Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Catatan kali ni ialah berkenaan perjalanan mengambil anak (F, 14 tahun) yang baru balik dari bercuti ke Bangkok. Sebenarnya perancangan awal dia tak ikut trip ke Bangkok ni. Trip ini adalah perancangan mak-mak saudara dia yang kebanyakkannya cikgu. Mereka pakat-pakat ke Bangkok sempena cuti sekolah seminggu ni. Entah macam mana bila Eryna terdengar tentang tri ni dia kata dia nak ikut. Maknanya dia akan join tanpa ibu bapanyalah. tengok dia confident sahaja dan kebetulah dia sedang obses dengan Thailand (dramanya, TPOPnya dan bahasanya). Dia sampai belajar dah bahasa Thai sebelum ni. Bukan setakat itu sahaja, dia juga ada berangan untuk sambung belajat di Universiti Chulalongkon di Bangkok nanti. Dia sana dia join sahajalah itenerari yang telah ditetapkan, ada sepupu-sepupu kira ok sahajalah dia.
Jadinya pada hari Jumaat lepas aku apply cuti rehat sebab nak ambil dia malam tu. Pagi-pagi aku dah bertolak ke Cyberjaya supaya dapat solat Jumaat. Aku berpegang bahawa Solat Jumaat tidak boleh diganti Zohor walaupun bermusafir. Lebih baik tidak bermusafir daripada meninggalkan solat Jumaat. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk sampai ke Masjid Haji Fisabilillah di Cyberjaya awal sedikit dari waktunya. Masjid ini memang kena datang awal sebab ruang solat utamanya agak terhad dan jika solat di luar boleh tahan panasnya. Selepas solat terus cari nasi beriayani di kedai mamak padahal semalam (Khamis) baru berbuka nasi beriani. Entah mengapa nasi beriani ni agak sinonim dengan hari Jumaat pada pemikiran aku.
Petangnya kami menunggu di Putrajaya Sentral kerana mereka naik train dari KLIA supaya tidak susah. Ada juga yang parking kereta di situ. Lama juga menunggu sebab mereka solat dan makan dahulu di KLIA. Sampai-sampai punyalah seronok dia nak bercerita pengalaman dia. Semoga sedikit pengalaman ini dapat menambah confident dalam diri dia dan menjadi lebih pemberani. Malam tu kami tidur di Everly kerana kebetulan puan isteri ada bengkel sampai hari Sabtu. Nanti sambung lagi sebab dah nak masuk Asar pula ni.
Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya. |
Cantik kubah masjid ni, uniknya cahaya boleh masuk menerusinya. |
Masjid yang paling besar di Cyberjaya, parkingnya cukup banyak cuma nak keluar dari parking tu problem sikit. |
Setakat ini dahulu, terima kasih atas komennya.
Rare juga kalau nak belajar di Thailand ni. Selalu anak2 muda ni nak belajar di Korea. Apa pun moga impiannya tercapai ya....
BalasPadamKalau kebetulan di Cyberjaya, masjid ni selalu kami singgah solat. Sangat selesa masjidnya....
Korea nombor dua. Macam-macam kehendak anak zaman sekarang.
Padamseronok la bangkok... MA 3 tahun lebih keja kat sana.. memang best.
BalasPadamuni chulalongkorn.. wah...moga tercapai impian nya, aamiin
Orang Islam pun ramai juga di sana kan?
PadamApalagi Bangkok tak jauh pun dari Malaysia yaa. Jadi mudah juga nak lihat anak nanti. Dari segi cost pun Bangkok termasuk murah kan. Semoga anak Abang nanti bisa mendapat uni yg dia memang nak 😊👍
BalasPadamUncle boleh bayangkan betapa excitednya dia bercerita!
BalasPadamwahh jauhnya school trip tu!! nice!! my son's school ada trip to korea tapi my son tak join laaa (kena byr rasanya RM7k for all-in one pax)
BalasPadamSemoga berhasil dan tercapai tujuan sekolah di Bangkok...belajar disiplin dan berani di negri orang.
BalasPadamwahh..bagus belajar bahasa thai...semoga tercapai hasrat anak sdr...jarang anak muda yg nak sambung belajar di Thailand..
BalasPadam