- Semasa di Makkah Rasululluh saw telah pun berpuasa hari Asyura begitu juga kaum musyrikin Mekah. Ternyata kaum musyrikin Mekah melaksanakan ibadah2 seperti ibadah kaum muslimin bagaimana pun kesilapan mereka ialah dalam menyembah Allah mereka mensyirikkan Allah dengan berlebihan mengagungkan orang alim di kalangan mereka sehingga mereka menggantung patung-patung berbentuk orang alim mereka yang telah meninggal dunia. Mereka menambah-nambah dan mengubah apa yang tidak sepatutnya ditambah dan diubah dalam ibadah.
- Tahap kedua ialah ketika nabi saw telah berhijrah di Madinah dan mendapati orang Yahudi berpuasa juga pada pada hari Asyura. Bila ditanya kepada orang Yahudi, mereka menyatakan hari Asyura adalah hari yang baik di mana nabi Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur kepada Allah kerana menyelamatkan nabi Musa as dan pengikutnya dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Nabi Muhammad saw menyatakan kaum musliminlah yang sepatutnya lebih lebih mengikuti amalan nabi Musa as ini. Lalu nabi Muhammad saw menganjurkan puasa hari Asyura. Bahkan ketika itu hukumnya berpuasa hari Asyura adalah wajib.
- Tahap ketiga ialah apabila turunnya perintah kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan maka pada ketika ini kewajipan puasa pada hari Asyura berubah hukumnya menjadi sunat.
- Tahap keempat ialah apabila hampir kewafatan nabi saw. Rasulullah saw mahu membezakan amalan puasa Asyura ini dengan kaum Yahudi lalu baginda mensunnahkan berpuasa pada tanggal 9 Muharram. Bagaimana pun Rasulullah saw tidak sempat melaksanakannya kerana sebelum tanggal 9 Muharram itu Rasullullah telah dahulu wafat. Bagaimana pun walaupun sunnah ini tidak sempat dilakukan oleh Rasulullah namun ia tetap menjadi sunnah kerana telah dikhabarkan kepada para sahabat ra.
Catatan ilmu dari Ustaz Dr Firanda Andirja. Sekian dahulu catatan kali ini, selamat berpuasa dan mendalami ilmu syari'e.
thanks for sharing
BalasPadamYou're welcome.
PadamTerima kasih info...
BalasPadamSama-sama uncle. Uncle sempat puasa tak?
Padamapa sebab org yahudi puasa pada hari tu ya?
BalasPadamSebagaimana orang Islam mengagungkan nabi Muhammad, orang Yahudi pula mengagungkan nabi Musa. Syariat agama mereka adalah dari nabi Musa. Bila ada syariat baru iaitu dari nabi Isa mereka mengingkari, begitu juga syariat yang dibawa nabi Muhammad saw.
PadamAlhamdulillah perkongsian yg menarik :D
BalasPadamThank youuu Abang. Saya jadi tahu tahapan dari puasa Asyura ini. Jadi karena sudah turun perintah puasa ramadhan , menyebabkan puasa Asyura jadi Sunnah yaa 👍
BalasPadamBetul tu Fanny, jujurnya saya pun baru sahaja tahu dari video Ustaz Firanda.
Padam