Jumaat, Ogos 16, 2024

Hari Jaya Waris SMK Pauh Jaya

Suasana dalam kelas di hari jaya waris.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabatnya, pengikutnya dan penolongnya hingga hari kiamat. Syukur atas nikmat yang tidak terhitung banyaknya, di antara nikmat besar yang diberi kepada hambanya yang beriman ialah nikmat waktu tertentu yang dimuliakan oleh Allah. Jumaat merupakan hari yang telah dimuliakan dalam satu minggu, ia merupakan penghulu segala hari iaitu ketua bagi hari-hari yang lain. Dengannya kebaikan-kebaikan akan dibalas dengan balasan yang istimewa. 

Cerita pasal hari semalam, sekolah anak mengadakan hari jaya waris. Jadi ibu bapa kena hadir untuk sesi menerima keputusan peperiksaan, sedikit perbincangan dengan guru kelas dan yang paling anak-anak seronok ialah boleh balik awal. Disebabkan puan isteri bekerja di Putrajaya, maka akulah yang hadir. Sampai di depan kelas sekali terjumpa seorang yang aku kenal jugalah, dahulu dia bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), jadi yang bekerja di hospital biasanya akan ada urusan-urusan tertentu dengan JKNPP. Aku pun bila ada jumpa yang kenal bersembanglah pasal hal-hal kerja supaya dapat penuhi waktu menunggu itu.

Fast forward selepas dah selesai sesi bertemu guru dan membawa balik anak tu, rupa-rupanya anak yang di dalam kelas duk mengata kat kita ni. Katanya bersembang macam dah kenal lama. Rupa-rupanya anak kawan tu antara kawan rapat anak kita, duduk pun sebelah menyebelah. Pagi ni, aku cakap kat dia, "nasiblah kawan yang kenal tu bukan bapa kepada musuh-musuh dia." Sebelum ni dia ada cerita mostly dia berkawan dengan semua orang cuma ada budak tertentu tak suka dia tanpa dia tahu sebabnya. Susah ya anak perempuan ini.  


5 ulasan:

  1. Anak perempuan memang mencabar kan ☺️

    Anyway, berkenaan roti kaya kukus, nanti emelkan details di blogsyaznirahim[at]gmail[dot]com ya 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencabar juga, apa pun layan sahaja selagi boleh.

      Padam
  2. Aiiih kalo anak cakap ada murid tak suka dia langsung kuatir 😅. Takut pula nanti terjadi pertengkaran sungguhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal belasan tahun ini biasanya baru belajar untuk beremosi dengan kawan, jika sebelumnya sibuk nak bermain sahaja.

      Padam
  3. Rapat dengan anak perempuan best ...banyak cerita baik yang baik atau sebalik

    BalasPadam