Selasa, Julai 01, 2025

Sale Di IKEA Batu Kawan

Assalamualaikum dan selamat petang. Marilah kita merajinkan diri membuat catatan sedikit walaupun agak kekeringan idea untuk menulis. Risau juga bila kita komen-komen di blog orang nanti bila orang datang blog ini tengok catatan lama. Mesti orang tak mai dah blog ni haha. Susah juga nak konsinten berblog ni, dengan banyaknya platform-platform lain yang mungkin lebih menghiburkan tetapi blog juga ada masa-masa tertentu yang sedap untuk dilayan. Apatah lagi apa kita suka gaya tulis seseorang itu. Kadang-kadang dari segi konten itu tak berapa merujakan, tarikan yang lebih menarik kadang-kadang itu ialah gaya penulisan seseorang penulis itu. Kadang itu kagum dengan orang yang konsisten kemaskini blog dia tanpa gagal. Mungkin boleh kongsi sikit petuanya ya.

Ok berbalik kepada tajuk catatan. Dua minggu lepas kami ke IKEA Batu Kawan. Lama juga kami tak ke sini kerana mungkin tak ada apa sangat yang nak dibeli. Kebetulan pula ada sales dan sales ini masih berlanjutan sehingga hujung minggu ini. Kut-kut ada yang berhajat nak ke IKEA mungkin boleh adjust supaya dapat datang sewaktu sales ini. Apa yang aku suka dengan IKEA Batu Kawan ni ialah ia taklah secrowded cawangan Damansara atau Cheras. Mungkin sebab orang tak ramai sangat di kawasan ni dan agak keluar sedikit dari kawasan bandar besar. 

Pagi tu sebelum keluar puan isteri sempat memasak nasi lemak lauk sambal sotong. Dia kata makan kenyang-kenyang supaya kat IKEA nanti tak perlu makan heavy dah huhu. Lagi pun kat rumah ada banyak stok sotong habuan dari kawan yang balik dari mencandat sotong di Terengganu pada cuti hari raya haji yang lalu. Besar-besar sotongnya. Sebenarnya memang ada plan beberapa ketika sebelum ini untuk menggantikan rak di bilik anak yang dah reput. Kemudian ada satu almari di dapur pun dah agak reput tapi tak dibuang lagi. Cuma pindah ke tempat lain. Kami beli rak jenis Ivar System. Raknya jenis kayu dan open sahaja, untuk letak di dapur rasanya rak sebegini lebih praktikal berbanding almari sebab dari pengalaman bila letak suatu dalam almari makanya tak guna dah apa yang disimpan tu. Kalau di rak ni lebih nampak dan senang di capai. Ivar ni dia jenis perabot modular, bermakna part dia boleh tukar-tukar ikut jenis design yang kita nak. Menarik juga konsep ni, boleh gabung-gabungkan ikut keperluan kita, accessory pun banyak. 

Selain itu ada juga beli rak sangkut baju dan lain-lain benda-benda kecil. Standardlah benda-benda kecil ni banyak betul yang menarik perhatiannya. Benda yang tak guna pun kadang beli juga huhu. Satu masalahnya bila pergi IKEA ni dia akan ambil masa yang lama, sedar-sedar dah pukul 3 petang. Adoi. Balik rumah dah penat semacam lepas tu nak kena pasang pula barang-barang yang di beli tu. Dah lah tu penat ni. 

  

Macam biasa morning walk selepas Subuh.

Pakai tshirt camo askar, orang tengok kita semacam sahaja.

Seronoklah mencuba-cuba.

Kalau nak deko macam IKEA kena haramkan bawa masuk baru tanpa buang sekurang-kurangnya 5 jenis barang lama. 

Sampai kena guna dua troli, nasib baik muat kereta. 

Sunyi sahaja petang ni.

Setakat ini dahulu, terima kasih singgah.  

3 ulasan:

  1. Mana gmbr rak yg dh siap dipsg😁

    BalasPadam
  2. Linda pun baru 1st time masuk IKEA cheras...tak sempat nak up entry lagi...

    BalasPadam
  3. Oo baru teringat ada sale. Sale kaw kaw kali ni. Last pergi IKEA bulan Mei haritu. Ini kalau pergi mahu banyak diangkut. Berbaloi beli masa sales kan.

    BalasPadam