Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Sebelum ni saya ada blogkan yang saya kurang suka dengan blog yang terlalu kerap diupdate dan ada rakan2 blogger yang memberi komen yang mereka suka blog yang kerap diupdate. Ada juga yang menyatakan lebih baik kerap diupdate dari tidak diupdate atau tak tahu bila nak update. Bila aku fikir2kan betul juga dan aku tarik baliklah pendapat awal aku tu. Aku bukan baru dalam dunia blog ni dan pasti ramai rakan2 blogger juga bukannya orang2 baru. Sudah faham sangat dengan dunia blog yang ada pasang surutnya. Sementara kita rajin dan berkesempatan updatelah sebanyak mana pun. Kita sebenarnya menghargai nilai sesuatu pengalaman itu dan ada rasa ingin berkongsi. Berapa banyak kita jumpa blog2 yang bagus2 yang dah berhenti mengupdate.
Pagi tadi selepas solat Subuh di surau berdekatan rumah aku terus morning walk secara solo. Biasanya aku berseluar dan bertshirt ke surau kalau nak berjalan2 selepas itu. Jika berkain pelikat dengan baju melayu atau kurta kurang sesuailah pula. Aku selalu berpendapat untuk solat ini jangan terlalu susahkan diri fikir pakaian yang sesuai. Asalkan suci dan bersih, pakailah apa sahaja supaya motivasi untuk berjemaah di surau itu tidak disekat2. Aku bermorning walk tidaklah jauh, hanya dalam 3km sahaja. Jadilah itupun dan makan masa setengah jam.
Dalam perjalanan tu sempatlah singgah pula dulu ke Nasi Kandar Utama yang dekat simpang tu. Bukan apa kalau boleh nak settlekan apa2 yang boleh settle dengan cepat. Minta mamak tu bungkuskan roti canai dan tosai untuk bersarapan di rumah. Minggu ni puan isteri tak balik ke Penang sebab dia ada retreat di Melaka dengan staf2 bahagian dia. Hujung minggu depanlah baru dia balik ke Penang. Kebanyakannya untuk keperluan makanan akan beli sahaja. Berbalik kepada Nasi Kandar Utama ni, sebenarnya restoran ni baru sahaja di buka, mungkin dalam 2 bulan ni. Ia jadi kedai mamak alternatif kepada Nasi Kandar Astana yang letaknya dalam blok yang sama cuma di hujung yang berlainan. Kebanyakan orang suka bila ia dibuka kerana setakat ini nampak kebersihannya terjaga elok. Satu masalah bagi2 restoran2 di Penang ni ialah kebersihan, sampaikan ada restoran yang di arah tutup sebulan untuk buat perubahan dari segi kebersihan. Harap kedai baharu ni dapat maintain bab kebersihan tu.