Ahad, November 19, 2023

Nasi Kandar Utama

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Sebelum ni saya ada blogkan yang saya kurang suka dengan blog yang terlalu kerap diupdate dan ada rakan2 blogger yang memberi komen yang mereka suka blog yang kerap diupdate. Ada juga yang menyatakan lebih baik kerap diupdate dari tidak diupdate atau tak tahu bila nak update. Bila aku fikir2kan betul juga dan aku tarik baliklah pendapat awal aku tu. Aku bukan baru dalam dunia blog ni dan pasti ramai rakan2 blogger juga bukannya orang2 baru. Sudah faham sangat dengan dunia blog yang ada pasang surutnya. Sementara kita rajin dan berkesempatan updatelah sebanyak mana pun. Kita sebenarnya menghargai nilai sesuatu pengalaman itu dan ada rasa ingin berkongsi. Berapa banyak kita jumpa blog2 yang bagus2 yang dah berhenti mengupdate.

Pagi tadi selepas solat Subuh di surau berdekatan rumah aku terus morning walk secara solo. Biasanya aku berseluar dan bertshirt ke surau kalau nak berjalan2 selepas itu. Jika berkain pelikat dengan baju melayu atau kurta kurang sesuailah pula. Aku selalu berpendapat untuk solat ini jangan terlalu susahkan diri fikir pakaian yang sesuai. Asalkan suci dan bersih, pakailah apa sahaja supaya motivasi untuk berjemaah di surau itu tidak disekat2. Aku bermorning walk tidaklah jauh, hanya dalam 3km sahaja. Jadilah itupun dan makan masa setengah jam. 

Dalam perjalanan tu sempatlah singgah pula dulu ke Nasi Kandar Utama yang dekat simpang tu. Bukan apa kalau boleh nak settlekan apa2 yang boleh settle dengan cepat. Minta mamak tu bungkuskan roti canai dan tosai untuk bersarapan di rumah. Minggu ni puan isteri tak balik ke Penang sebab dia ada retreat di Melaka dengan staf2 bahagian dia. Hujung minggu depanlah baru dia balik ke Penang. Kebanyakannya untuk keperluan makanan akan beli sahaja. Berbalik kepada Nasi Kandar Utama ni, sebenarnya restoran ni baru sahaja di buka, mungkin dalam 2 bulan ni. Ia jadi kedai mamak alternatif kepada Nasi Kandar Astana yang letaknya dalam blok yang sama cuma di hujung yang berlainan. Kebanyakan orang suka bila ia dibuka kerana setakat ini nampak kebersihannya terjaga elok. Satu masalah bagi2 restoran2 di Penang ni ialah kebersihan, sampaikan ada restoran yang di arah tutup sebulan untuk buat perubahan dari segi kebersihan. Harap kedai baharu ni dapat maintain bab kebersihan tu.  

 

Morning walk atau fajar walk lebih sesuai kerana masih gelap di luar sana.

Di jalan yang lebih besar, lampu jalan lebih banyak juga.

Dari jauh Nasi Kandar Utama memanggil2 pelanggan untuk memesan makanan.

Setakat ini dahulu untuk entry kali ini. Jemput datang lain.

30 ulasan:

  1. Dah ramai blogger otai tak aktif. Saya pun bila ada kesempatan baru la terbit entry baru. Bila datang mood rajin buat dua tiga entry sekali tapi jadualkan sahaja setiap hari satu. Nampak macam rajin tapi kelaut jugak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus bila ada target cuma ia bergantung atas kesibukan juga kan? Kadang tu ada sahaja perkara yang sesuai untuk dikongsi tetapi kerap juga tiada kesempatan pula.

      Padam
  2. Tu la start blog 2006. Ada pasang surut rajin malas nya. Bila ada fb dan ig, blog ke laut sikit. Ni datang rindu berblog, update bila rasa ada cerita hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best2 membaca cerita dan mencatat cerita di blog berbanding lain2 platform. Lebih rasa kepunyaan diri walaupun sebenarnya menumpang service Google juga.

      Padam
  3. Pasang - surut tu biasa... Cuma nak pesan. Jangan gatal2 letak perkataan 'DAILY' kat blog... Jerat diri sendiri... Hahahha (sambil tengok cermin)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya untuk yang berjiwa kental sahaja mampu.

      Padam
  4. Saya kalau ke Penang, tak pernah lupa cobain nasi kandar di manapun jumpa bang 😄😄. Sukaaa sangat. Yg nasi kandar utama ini blm coba, jauh tak? Soalnya kalo ke Penang, saya selalu stay di dekat Komtar kan. Jadi palingan daerah situ2 saja nak coba kandar 😄😄. Nanti kalo ke Penang lagi, saya lebih jauh lah jalannya 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh yang ni bukan di sebelah pulau sana, ini di tanah besar sekitar Seberang Jaya. Kalau di pulau saya biasa ke Kayu Nasi Kandar.

      Padam
  5. Banyak kedai nasi kandar di Penang, mereka harus bersaing dari segi kebersihan. Tapi, ada juga yang tak kisah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tapi sekarang kesedarang orang ramai dah ada. Mereka pun selalu dipantau inspektor kesihatan. Saya pun kadang tegur sahaja.

      Padam
  6. Belom pernah coba/ tau nasi kandar tu seperti apa, memang sih soal kebersihan itu penting banget yaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya mbak, kebersihan sangat penting. Nasi kandar itu adalah nasi putih dari beras biasa, lauk2nya banyak pengaruh India jadi banyak rempah ratusnya. Kebiasaan trademark nasi kandar ialah apabila kuahnya adalah dicampur2 dari pelbagai lauk.

      Padam
  7. selagi dapat update, update je... nnt bila mood ke laut mmg x berupdate langsung blog... hihihi... ye la blog skrg ni pun bkn pilihan utama... hanya kita² ni je lah masih memblog.. hehehe

    masih teringat nasi kandar di semenanjung... di kuching ni mcm x best sgt feelnya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama tak ke Kuching. Di sana dah ada kedai mamak ke?

      Padam
  8. Saya plan pagi ini nak jog kat taman sambil terus singgah library hantar buku, eh lupa pantai timur tengah musim hujan lagi..terpaksa buka komputer sambung menaip sambil tengok hujan kat tingkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Utara ni selalu juga hujan sejak dua tiga minggu ni.

      Padam
  9. Nasi Kandar antara yang menjadi buruan kalau pergi ke Semenanjung...Sarawak pun ada cuma tak boleh lawan rasa yang aslinya di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh di Sarawak pun ada ya, sebelum ini pernah ke kedai mamak di Kota Kinabalu, Sabah. Dia Sarawak saya belum pernah mencubanya lagi. Memang tak sama dengan di semenanjung.

      Padam
  10. i was in penang ari selasa-rabu tp tak sempat nak jjcm pun.setakat order2 mknn via grab jer..memang teringin jugak nak mkn nasi kandar hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah rugilah, kalau naik kapal terbang di Airport Bayan Lepas pun dah ada kedai nasi kandar.

      Padam
  11. Teringat ada satu perkongsian video mamak yang ludahkan pada nasi yang disenduk huhuuu.
    Kebiasannya kalau ziarah anak Mrs. A yang study di Penang tu suka makan di Restoren Adriana Ikan Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena selalu bersangka baik, biasanya orang cari rezeki tak akan buat benda2 yang tak sepatutnya macam tu.

      Padam
    2. Adriana Ikan Bakar mesti kat sebelah tanah besarkan? Ok situ untuk makanan selatan Siam. Kena booking awal2 kalau tak silapnya.

      Padam
  12. suka tengok peniaga2 makanan yg pagi2 lagi dah start juala . x kira laa yg berniaga tepi jln or ada resto sendiri. sy boleh rasakan struggle mereka buat persiapan di pagi hari tatkala org lain nyenyak tidur.
    hmm teringat mama dulu berniaga nasi lemak pagi2🥹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya betul tu, banyak yang perlu disediakankan. Bukan senang nak bisnes f&b ni. Peluang tak banyak tetapi banyak persaingan.

      Padam
  13. Blog itu hak milik kepada owner blog tersebut. Dan blog itu ada ketegori tersendiri maka hak individu tersebut nak update mcm man dan berapa kerap.
    Bagi saya as travel blogger kita mmg tak boleh nak update hari2.. sebab nk tulis berkenaan travel bukan sesuatu yang mudah. Mencari info untuk disertakan sekali dalam setiap entry. Ada entry yg susah kdg2 ia memakan masa berhari-hari malah sampai seminggu utk siap.

    BalasPadam
  14. Mamak tu buka 24 hours ke..awal buka kedai..

    BalasPadam
  15. Lamanya tak buat morning walk.. Semangat tak tahu hilang ke mana.. huhuhu.. Semoga kedai tu maintainlah kebersihan dia..

    Bab update blog ini, susah nak cakap.. Saya pun update je selagi mampu sebab kadang bila mood ke laut memang tak adalah entry.. kikiki..

    BalasPadam
  16. Saya update je bila adabenda nak update.. Bila tak ada idea, memang tak update apalah.. :)

    BalasPadam
  17. belum berani dah briskwalk seawal itu..takut anjing.

    BalasPadam