Assalamualaikum semua, satu lagi catatan ringkas untuk semua. Permandangan
matahari terbenam semalam di Permatang Pauh menandakan akan bermulanya
10 hari agung dalam Islam. Agungnya kerana di dalamnya disempurnakan
agama Islam ketika khutbah Nabi ﷺ di Arafah pada 9 Zulhijjah. Di
dalamnya ada ibadah haji di mana pelakunya dijanjikan penghapusan dosa
sehingga jadi seperti bayi yang baru lahir. Di dalamnya ada perayaan eid
al-Adha. Di dalamnya juga ada ibadah korban. Perbanyakkan puasa, zikir,
sedekah dalam 10 hari ini. Bila mana Islam telah sempurna tiada lagi
penambahan ibadah baru, orang yang menambah-nambah ibadah baru selain
yang telah ditunjukkan oleh nabi ﷺ seperti menganggap Islam yang dibawa
nabi ﷺ masih belum sempurna. Tiada benda baik dalam ibadah selain dari
apa yang telah dicontohkan oleh nabi ﷺ.