Selasa, Ogos 25, 2009

Tahniah PAS di Permatang Pasir

PAS menang, majoriti menurun - Malaysiakini:
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

3 ulasan:

  1. alu bro,x main dt lagi dah ke?

    BalasPadam
  2. Pas menang lagi...nak tunggu berapa lama lagi baru Rakyat nak tengok perubahan hasil pantadbiran Najib...atau rakyat tak yakin langsung dah. Diorang kata tunggu 9 bulan baru nampak hasil pentadbiran Najib..tapi aku rasa 9 tahun pun belum tentu kot orang nak yakin ngan dia.

    BalasPadam