Isnin, Julai 31, 2023

Anak Demam & Lexis Suites Penang

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam postingan kali ini. Kali ini nak rangkumkan dua update dalam satu entry. Tak larat nak update banyak kali macam hangpa semua blogger tegar. Kami ni hanya acah2 blogger sahaja. Dah give-up dengan mainstream media sosial, itu yang rasa nak berblog pula. 

Ceritanya dari hari Khamis baru ni, anak mula demam lepas dia balik sekolah. Kebetulan tengah minggu exam jadi sepatutnya Jumaat tu hari lastlah examnya. Sekali dia demam dan Jumaat tu waktu aku bangun sahur untuk puasa Hari Asyura dia ada kat bawah, dia bagitau dia demam dan tak larat nak pergi sekolah.

Pagi tu aku bawalah dia ke hospital, check suhu 40 darjah C. Tak pernah lagi setinggi ni. Doktor kena diagnose lebih sikit jadi kena ambil darah dan kena monitor selepas 1 jam makan panadol. Selepas satu jam menunggu turun sikit sahaja menjadi 38.8 darjah C. Lepas tu ambil ubat, belikan makanan untuk dia dan hantar dia balik rumah. Sampai2 rumah terus dia tidur. Mungkin malamnya tu tak boleh nak tidur nyenyak.

Masuk cerita kedua pula. Petangnya tu check-in Lexis Suites Penang sebab puan isteri ada bengkel yang dibuat di situ. Beruntung dapat kelulusan untuk buat bengkel di tempat macam ni. Paling syoknya Lexis ni dia ada kolam dalam bilik, dalam bilik ada 2 katil queen. Syoklah kalau nak habiskan masa di sini. Makanannya juga sedap2. Waktu wife berbengkel kita beremdam dalam kolam. Anak yang demam tu pun masuk juga kolam cuma tak seaktif biasa. Kalau sejuk masuk sauna. Sauna ada sebelah kolam sahaja. 

Satu malam sahaja di hotel ni. Tengah harinya kami pun check-out untuk balik rumah.  

 

Tunggu nak jumpa doktor. Bagus doktornya pagi ni. 

Pemandangan dari tingkat 22.

Kalau tak salah view mengadap laut ni lain bayarannya berbanding view menghadap ke daratan.

Chill tepi kolam sambil pekena jus mango peach dari Mesir.

Gaya apa ni?

 Sekian dahulu untuk kali ni.

13 ulasan:

  1. Kesiannya tengah exam pun demam...

    Itu gaya bebas! hahaa

    BalasPadam
  2. Kunjungan balasan...semoga segera sehat kembali anak nya...itu gaya melambai😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Melambai laut di kajauhan.

      Padam
  3. seronok bila ada buat bengkel dkt hotel ada private pool..so tkperlu kuar bilik sronok la ank2 berendam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kita pun tak lah penat nak menunggu.

      Padam
  4. Kalau ada gambar lagi menarik ni.

    BalasPadam
  5. tinggi betul suhunya tu... so hari ni macam mana keadaannya? dah pulih ke macam biasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiseh sorry lah tak perasan rupanya ada berpuluh2 komen masuk spam. Ni baru mark as not spam. Anak dah ok dah.

      Padam
  6. Wah lexis....mewah hotel tu . Memang popular

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bukan senang2 nak check-in kat hotel ni.

      Padam