Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Isnin, Disember 09, 2024

Minggu Yang Sejuk Kedemaman

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Minggu lepas terduga dengan demam yang sejuk sekali. Mungkin seiring dengan sejuknya cuaca pada minggu lepas, hujan turun dengan banyak sekali sampai banjir berlaku di sembilan buah negeri. Syukur banjir dan semakin pulih. Teruk juga situasi banjir pada tahu ini. Hari Isnin tu dah mula rasa semacam sahaja sejuknya badan ni, balik kerja aku terus cari tomyam untuk makan malam. Biasalah makan panadol lepas tu ok sekejap kemudian dia akan sejuk balik. Tidur malam pun tak berapa nak nyenyak. 

Hari Selasa tu aku kena masuk mesyuarat di JKNPP ada isu berkaitan penggodaman laman web. Ada tindakan dan laporan yang perlu dibuat. Hari Rabu aku cuba bertahan lagi dengan makan panadol, sat ok sat tak ok balik. Biasa kalau demam sekarang ni susah nak baik, dengan selesema dan batuk lagi. Solat berjemaah kat surau pun tak dapat nak pergi. Tak selesa dan takut berjangkit dengan orang lain pula. 

Akhirnya hari Khamis aku dah tak boleh tahan dah, lepas masuk kerja terus cari doktor. Doktor bagi mc dua hari sebab boleh tahan juga panas badan masa tu. Apa pun sempat juga aku join ada satu task untuk hand over bangunan baru. Kena semak plan sama ada ada atau tidak. Tak pernah-pernah buat kerja macam ni. Lepas settle tu, aku pun inform boss dan balik rumah untuk berehat. Memang agak tengah heavy juga demam hari Khamis tu. Apa pun malam tu kena juga keluar untuk ambil wife di airport. Sebelum ni dia ada outstation ke Emirates, jadi beg besar jugalah dibawa balik. Banyak hasil shopping dan buah tangan.

Jumaat pula menemankan isteri untuk check mata. Mata makin ok dari sebelum ini. Apa pun kena kawal diabetis dan stress. Balik dari klinik mata aku pergi hantar laptop pula, ada customer repair komputer dan dah siap. Alhamdulillah customer satisfy dengan penyelesaiannya. Malamnya pula kami ke Gurney Bay Hotel sebab menemankan isteri yang ada program di Marriot. Hari Sabtu baru badan rasa ok. Dapatlah berjemaah di masjid semula. 

Bagusnya Gurney Bay Hotel ni di belakangnya ada Masjid Jami’ Al-Munawar di Jalan Kelawai. Jalan lebih kurang 300 meter dah boleh sampai. Feel-feel macam masa kat tanah haram, duduk hotel, turun naik lif untuk berjemaah di masjid. Di sebabkan tak ambil makan di hotel, tak jauh dari masjid ni ada gerai-gerai makan di Jalan Jones. Jalan kaki pun boleh sampai. Pagi ada gerai sarapan pagi dan malam ada goreng-gorengan. Oklah untuk rakyat marhaen. 

Isnin, Julai 31, 2023

Anak Demam & Lexis Suites Penang

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam postingan kali ini. Kali ini nak rangkumkan dua update dalam satu entry. Tak larat nak update banyak kali macam hangpa semua blogger tegar. Kami ni hanya acah2 blogger sahaja. Dah give-up dengan mainstream media sosial, itu yang rasa nak berblog pula. 

Ceritanya dari hari Khamis baru ni, anak mula demam lepas dia balik sekolah. Kebetulan tengah minggu exam jadi sepatutnya Jumaat tu hari lastlah examnya. Sekali dia demam dan Jumaat tu waktu aku bangun sahur untuk puasa Hari Asyura dia ada kat bawah, dia bagitau dia demam dan tak larat nak pergi sekolah.

Pagi tu aku bawalah dia ke hospital, check suhu 40 darjah C. Tak pernah lagi setinggi ni. Doktor kena diagnose lebih sikit jadi kena ambil darah dan kena monitor selepas 1 jam makan panadol. Selepas satu jam menunggu turun sikit sahaja menjadi 38.8 darjah C. Lepas tu ambil ubat, belikan makanan untuk dia dan hantar dia balik rumah. Sampai2 rumah terus dia tidur. Mungkin malamnya tu tak boleh nak tidur nyenyak.

Masuk cerita kedua pula. Petangnya tu check-in Lexis Suites Penang sebab puan isteri ada bengkel yang dibuat di situ. Beruntung dapat kelulusan untuk buat bengkel di tempat macam ni. Paling syoknya Lexis ni dia ada kolam dalam bilik, dalam bilik ada 2 katil queen. Syoklah kalau nak habiskan masa di sini. Makanannya juga sedap2. Waktu wife berbengkel kita beremdam dalam kolam. Anak yang demam tu pun masuk juga kolam cuma tak seaktif biasa. Kalau sejuk masuk sauna. Sauna ada sebelah kolam sahaja. 

Satu malam sahaja di hotel ni. Tengah harinya kami pun check-out untuk balik rumah.