Selasa, September 05, 2023

Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 Pada 3-4 Oktober Di Bertam Resort Penang

Poster Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum semua, semoga berada dalam sihat wal afiat. Pagi ni nak pos kat blog ni berkenaan Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 yang akan di adakan pada 3-4 Oktober 2023. Maknanya dalam 3 minggu sahaja lagi konvensyen ni akan berlangsung. Konvensyen ini akan di adakan di Bertam Resort Penang. Ya tempat yang ada waterpark tu. Konvensyen ini dianjurkan oleh Hospital Seberang Jaya. Yang menariknya speaker2 bagi konvensyen ni semuanya adalah orang2 yang tersohor.

Aku telah terlibat secara langsung dalam konvensyen ni sebagai AJK Promosi dan membantu juga hal-hal lain seperti pendaftaran. Ini kali pertama terlibat dalam konvensyen yang sebesar ini. Peserta adalah terbuka kepada orang awam tertutamanya yang berminat dengan fiqh perubatan.

Agak sibuk jugalah dalam dua tiga bulan ni bermula dengan menyiapkan laman web bagi konvensyen ini, kemudian memikirkan flow untuk pendaftaran individu dan berkumpulan, semakan pembayaran dan menjana resit pembayaran. Banyak juga isu yang timbul dalam menguruskan perkara2 ni. Jumlah bilangan peserta yang mendaftar setakat ini ialah 110 orang. Pendaftaran masih terbuka kepada yang berminat. 

Jika ada pembaca blog ini yang berminat untuk sertai boleh pm tepi. Jika nak bantu war-warkan kepada kenalan terutamanya yang terlibat dalam bidang perubatan pun sangat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

6 ulasan:

  1. Semoga tugas nya berjalan lancar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, makin dekat tarikhnya makin berdebar2 dibuatnya.

      Padam
  2. Semoga lancar semua urusannya Abang 👍. Oh diadakan di bertam yaa. Saya tahu waterpark nya. Kemarin june ke Penang saya dah pilih2 antara nak ke escape waterpark atau bertam. Tapi karena dari segi akses transporasi escape lebih gampang dicapai, akhirnya pilih escape 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya teruja juga untuk ke Bertam Resort tu, lain kali boleh ke Bertam Resort pula ya.

      Padam
  3. wahhhh best ni! boleh tambah ilmu. kalau nak dtg sehari je boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ja datang sehari tapi kena bayar full juga.

      Padam