Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti sudah agak berhabuk jugalah blog ini kerana catatan terakhir adalah pada 23 Jun bermakna seminggu lebih jugalah tiada catatan baharu, pagi ini nak buat catatan sedikit tentang kursus yang telah disertai pada minggu lepas. Sebenarnya untuk tahun ini jumlah hari berkursus baru sehari, jadi disebabkan itu boss telah mengarahkan untuk sertai kursus dua hari ini. Jadi dapatlah 3 hari kursus. Dalam perkhidmatan kerajaan, setiap anggota perlu ada minimum 7 hari berkursus dalam setahun dan perkara ini dipantau sebagai pencapaian individu dan jabatan secara keseluruhannya.
Kursus ini dijalankan di National Productivity Corporation (MPC) di Kepala Batas. Ini kali pertama aku ke sini dan setibanya di tempat kursus aku tertanya-tanya apa fungsi MPC? Nampak seperti sebuah tempat berkursus yang agak lengkap. Suasananya juga agak kondusif.
Setelah sarapan pagi di kafeteria kelas pun bermula, baru aku tahu yang pengajar bagi kursus fotografi ini ada seorang jurugambar sukan profesional. Beliau selalu ditugaskan untuk acara-acara peringkat antarabangsa termasuk Sukan Asia di China pada tahun 2023. Banyaklah dikongsikan pengalamannya semasa di kejohanan itu. Aku yang sukakan fotografi agak teruja juga dengan perkongsian pengalaman dan hasil gambar yang berjaya diambil pada ketika itu.
Dari segi teori banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengambil gambar, apa pun praktikal yang lebih penting dan skill akan dibentuk dari pengalaman. Selain itu seorang jurugambar juga perlu editing skill yang tinggi sebelum gambar digunakan untuk tontonan. Selain itu dalam kursus ini juga diajar kaedah fotografi menggunakan mobile phone. Hasil gambar dari mobile phone yang baru sekarang mampu mengalahkan DSLR dalam aspek tertentu. Sampai aku rasa macam dah sampai masa untuk aku upgrade iPhone XR yang aku guna sekarang.
Dalam pada berkursus itu kami diberi tugasan-tugasan luar untuk mengambil gambar, gambar yang dipilih akan dibentangkan untuk dikomen oleh pengajar dan urusetia. Bagus juga pengalaman begini. Camera roll pun agak banyak dengan gambar-gambar dan aku kongsikan sebahagiannya dalam catatan ini.
|
Mexican petunia.
|
|
Penceramah dan pembantunya yang juga merupakan seorang juru gambar.
|
|
Tak pasti pokok apa.
|
|
Mexican petunia lagi.
|
|
Crape myrtle.
|
|
Hibiscus. |
|
Produktiviti. |
|
Saja try buat prop dengan biji saga.
|
|
Waktu Zohor dapat singgah ke Masjid Abdullah fahim yang tersergam indah itu.
|
|
Kursus fotografi sehari.
|
Setakat ini dahulu untuk catatan kali ini. Semoga bertemu dalam catatan selanjutnya.
Cantiknya bunga2
BalasPadammenarik betul kursus2 gini!
BalasPadamRule of thirds
BalasPadamSeronoknya dapat kursus begini.
BalasPadamDapat menambah ilmu.
Isssshhhhhh saya sukaaaa kalo kursus fotografi beginiiiii 😍😍😍😍. Krn memang dapat banyak ilmu. Apalagi kalo kursus nya banyak memberi tahu cara2 memotret pakai Hp. Krn skr Orang2 guna itu kan. Dah jarang sangat bawa DSLR.
BalasPadamPasti berguna banget ikutan kursus fotografi, jadi tau menggunakan teknik pengambilan foto dan sebagainya.
BalasPadam