Isnin, Disember 22, 2025

Tak Close Ring Tapi Berat Turun Tiga Kilogram

Gambar janaan AI.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah lama rasanya tak membuat catatan di sini. Dah seminggu lebih kurang sihat kerana selesema dan batuk. Ada juga demam sehari dua. Demam dah kebah tetapi masih selesema dan sakit tekak terutamanya di waktu pagi. Dalam minggu lepas ada juga mc sehari untuk ambil ubat yang dah habis.

Semalam sempat timbang badan sebab dah lama tak "close ring". Pada yang menggunakan iPhone atau Apple Watch mungkin faham maksud close ring ni. Untuk iPhone dia akan tracking kita punya step atau jarak kita berjalan. Untuk pengguna Apple Watch pula ada tambahan tracking untuk tempoh berdiri mengikut jam dan tempoh aktiviti. 

Kebiasaannya aku akan cuba close ring setiap hari tetapi seminggu dua ni banyak yang tak close sebab kurang larat. Nak berjalan kaki pun rasa tak larat. Ada juga waktunya terpaksa skip berjemaah di surau kerana selesema berat. Segan juga dengan orang sebelah takut dia jadi tak khusyuk atau tidak selesa solat kerana kita. Solat ini suatu yang besar dan nabi saw perintahkan kita supaya khusyuk dan pastikan kita tak ganggu kekhusyukkan orang. Ada hadith nabi larang baca Al Quran kuat ketika orang solat. Begitu juga zikir selepas solat sepatutnya perlahan supaya tidak tidak ganggu orang solat.

Mulanya ingatkan berat badan akan kekal atau makin bertambah bila tak close ring tetapi lain pula yang berlaku, rupanya makin turun dan turunnya pula sampai 3kg. Banyak tu dan agak mendadak pada fikiran aku. Rupanya kesan kesihatan ni lebih memberi kesan kepada berat badan berbanding aktiviti seharian. Mungkin juga aktiviti itu pun tak banyak mana dan makan juga banyak. Bila kurang sihat, kurang pula selera makan. Makan pun pilih-pilih. 

22 ulasan:

  1. Selalunya kalau tak sihat, memang berat turun.. moga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah ok semula. Lama dah ok, just baru reply sahaja.

      Padam
  2. memang kalau tak sihat cepat je berat badan turun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sekarang dah naik balik berat badan.

      Padam
  3. ada kala berat turun suka kan. tp kalau mendadak tu kena gi doc kot. take care.

    BalasPadam
  4. berat sy dah lama turun. skrg 72kg. dulu pernah capai 83kg.

    BalasPadam
  5. Moga sembuh sepenuhnya dan take care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah ok lama dah, baru reply sahaja.

      Padam
  6. Oh paham paham maksud close ring. Saya tak pakai iPhone atau Apple watch, tp di Huawei smart watch yg saya pakai juga ada ring target yg harus saya penuhi tiap hari. Target workout, target standing dan target kalori yg harus diburned. JD kalau dah achieve akan close ring nya 😄.

    Terkadang sakit tuh anugerah buat beberapa orang, sebab berat badan bisa turun 😄. Tp lumayan banyak juga bisa 3 kg ya bang. Harap2 sekarang ini Abang dah membaik lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah membaik. Awal tadi saya terbaca membiak haha.

      Padam
  7. kalau batuk or selesema mmng takut mengganggu jemaah lain kan. tapi banyak juga turun 3kg sebab demam tu. tktaulah patut bersyukur sbb berat turun atau sedih. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya takut berjangkit dan mengganggu orang sebelah.

      Padam
  8. Semoga sihat selalu... Tak dpt close ring tpi okla dpt turunkan berat badan.. janji ada pencapaian di situ.. 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah naik balik macam biasa. Terima kasih.

      Padam
  9. Semoga cepat sembuh sepenuhnya! Memang betul, bila tak larat, langkah & selera makan pun terjejas, jadi badan pun ikut keadaan kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ok dah kesihatannya. Berat badan pun dah stabil semula.

      Padam