![]() |
| Gambar janaan AI. |
Semalam sempat timbang badan sebab dah lama tak "close ring". Pada yang menggunakan iPhone atau Apple Watch mungkin faham maksud close ring ni. Untuk iPhone dia akan tracking kita punya step atau jarak kita berjalan. Untuk pengguna Apple Watch pula ada tambahan tracking untuk tempoh berdiri mengikut jam dan tempoh aktiviti.
Kebiasaannya aku akan cuba close ring setiap hari tetapi seminggu dua ni banyak yang tak close sebab kurang larat. Nak berjalan kaki pun rasa tak larat. Ada juga waktunya terpaksa skip berjemaah di surau kerana selesema berat. Segan juga dengan orang sebelah takut dia jadi tak khusyuk atau tidak selesa solat kerana kita. Solat ini suatu yang besar dan nabi saw perintahkan kita supaya khusyuk dan pastikan kita tak ganggu kekhusyukkan orang. Ada hadith nabi larang baca Al Quran kuat ketika orang solat. Begitu juga zikir selepas solat sepatutnya perlahan supaya tidak tidak ganggu orang solat.
Mulanya ingatkan berat badan akan kekal atau makin bertambah bila tak close ring tetapi lain pula yang berlaku, rupanya makin turun dan turunnya pula sampai 3kg. Banyak tu dan agak mendadak pada fikiran aku. Rupanya kesan kesihatan ni lebih memberi kesan kepada berat badan berbanding aktiviti seharian. Mungkin juga aktiviti itu pun tak banyak mana dan makan juga banyak. Bila kurang sihat, kurang pula selera makan. Makan pun pilih-pilih.

Selalunya kalau tak sihat, memang berat turun.. moga cepat sembuh ya..
BalasPadamAlhamdulillah dah ok semula. Lama dah ok, just baru reply sahaja.
PadamSemoga cepat sembuhnya.
BalasPadamTerima kasih Warisan Petani.
Padammemang kalau tak sihat cepat je berat badan turun.
BalasPadamItulah, sekarang dah naik balik berat badan.
Padamshafakallah
BalasPadamAamiin.
Padamada kala berat turun suka kan. tp kalau mendadak tu kena gi doc kot. take care.
BalasPadamTiada yang serius. Terima kasih.
Padamberat sy dah lama turun. skrg 72kg. dulu pernah capai 83kg.
BalasPadamBanyak turun tu Abam Kie.
PadamMoga sembuh sepenuhnya dan take care.
BalasPadamAlhamdulillah dah ok lama dah, baru reply sahaja.
PadamOh paham paham maksud close ring. Saya tak pakai iPhone atau Apple watch, tp di Huawei smart watch yg saya pakai juga ada ring target yg harus saya penuhi tiap hari. Target workout, target standing dan target kalori yg harus diburned. JD kalau dah achieve akan close ring nya 😄.
BalasPadamTerkadang sakit tuh anugerah buat beberapa orang, sebab berat badan bisa turun 😄. Tp lumayan banyak juga bisa 3 kg ya bang. Harap2 sekarang ini Abang dah membaik lah
Alhamdulillah dah membaik. Awal tadi saya terbaca membiak haha.
Padamkalau batuk or selesema mmng takut mengganggu jemaah lain kan. tapi banyak juga turun 3kg sebab demam tu. tktaulah patut bersyukur sbb berat turun atau sedih. hihi
BalasPadamIya takut berjangkit dan mengganggu orang sebelah.
PadamSemoga sihat selalu... Tak dpt close ring tpi okla dpt turunkan berat badan.. janji ada pencapaian di situ.. 👍🏻
BalasPadamDah naik balik macam biasa. Terima kasih.
PadamSemoga cepat sembuh sepenuhnya! Memang betul, bila tak larat, langkah & selera makan pun terjejas, jadi badan pun ikut keadaan kesihatan.
BalasPadamAlhamdulillah, ok dah kesihatannya. Berat badan pun dah stabil semula.
Padam