Memaparkan catatan dengan label Sinomot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinomot. Papar semua catatan

Rabu, Mac 18, 2020

Kucing beranak pula kat rumah!


Akhirnya Cinomot pun melahirkan anak, dah lama juga nampak dia dah tak larat sangat dah. Sekejap berjalan, kemudian melepek baring. Semalam nampak macam dah betul2 lain macam, dia dah start cari port2 yang sesuai dalam rumah jadi dah sediakan kotaknya di dalam rumah (biasanya lepas kat luar je). Bila pagi tengok tak beranak lagi, jadi letak kat luar dulu. Sekali Eryna tengok pagi tu nampak pelik dalam kotak, tengok2 Cinomot tengah melahirkan anak2nya. Bila dikira-kira tujuk ekor semuanya! Jenuh nak jaga tu nanti.


Tahniah Cinomot dah jadi ibu. Semoga sihat semuanya.

Jumaat, Februari 21, 2020

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot yang baru dijumpai selepas menghilang selama 4 bulan tiba-tiba hilang semula semalam. Biasanya bila balik dari kerja dia akan muncul, tapi petang semalam tak muncul-muncul. Eryna yang baru balik sekolah pukul 6.30 petang sibuklah mencari sampai ke padang permainan. Tapi tak jumpa. Pagi tadi masa nak ke surau untuk solat Subuh pun tengok kat luar takde dia ni. Tapi tadi masa balik rumah sekejap untuk solat Jumaat tiba-tiba muncul pula.

Sinomot buat mula selamba

iPhone 7 Untuk Eryna

iPhone 6 Eryna yang rosak sebelum ni tak dapat diselamatkan dah, paling tak pun dah tak berbaloi untuk dibaiki. Nak update iOS pun dah tak boleh generasi tu. Jadi 2 minggu ni sibuklah mengusha kut-kut ada yang nak jual iPhone terpakai murah-murah. Mungkin ada yang akan cakap "anak pun pakai iPhone". Sebenarnya senang nak manage pakai iPhone ni, ada function Family Sharing. Mana-mana apps yang dah download boleh download untuk semua ahli keluarga walaupun apps berbayar, sharing juga iCloud storage, set approveal kalau dia nak download app, boleh control apps apa yang boleh buka, berapa masa dan lain-lain. Lagi pun iPhone lagi tahan lama dari Android.

iPhone 6 rosak, upgrade ke iPhone 7
Terjumpa seorang seller kat Facebook Marketplace, dapat harga yang berpatutan dan senang deal. Dia datang sendiri kat tempat kerja. Test lebih kurang, then transfer je online. Seronoklah Eryna balik sekolah nanti.

Ahad, Februari 16, 2020

Sinomot Muncul Kembali Setelah Menghilang Selama 4 Bulan

Macam mimpi pula bila jumpa balik Sinomot selepas 4 bulan menghilangkan diri. Kucing ni kucing kutip sahaja tapi sebab bela dari kecil, dalam keadaaan 'kalau tak dikutip mungkin dia akan mati', mungkin ada value lain sikit Sinomot ni.

Tak pasti macam mana Sinomot ni boleh hilang tapi duk rasa2 macam orang buang jauh sebab last masa duk jaga dia tu dia ada problem sikit. Dia tak reti lagi nak berak di tempat yang betul. Mungkin terberak kat rumah orang ke lepas tu mungkin orang tu buang dia jauh.

Tgh hari tadi ada janji dengan seorang ni dekat Petron Kg Belah Dua, sekali terjumpa Sinomot ni, jinak macam masa hilang tu, kebersihan pun agak ok cuma agak kurus. Rangka badan dah agak besar sebab dah 4 bulan menghilang.

Dipendekkan cerita, bawa baliklah semua. Tak tahu lagi nak buat apa. Nak lepaskan takut hilang, nak buh dalam rumah takut berak pula nanti. Apa pun semua dalam rumah ni excited bila dapat jumpa semula dengan Sinomot.


Waktu jumpa mula2
Cari tanda untuk kepastian
Sinomot yang comot
Eryna selamba je kutip dan bawa masuk dalam kereta
Lama tak dapat makan sedap kut
Nampak sihat
Sekarang dia tengah tidur kat tangga.