| Kucing yang diberi nama Piano sedang duduk2 di atas sangkar |
Ahad, Mei 14, 2023
Ini Kucing Bernama Piano
Isnin, Mac 13, 2023
Hari Akhir Cigebu
Assalamualaikum. Cuma nak update sebagai kenangan dalam keadaan rushing sebab task kerja hari ni berderet2 tak berhenti2. Ke sana ke sini aku hari ni. Semalam merupakan hari akhir Cigebu. Cigebu merupakan kucing yang betul2 dari lahir memang dan ada kat rumah. Sebelum2 ni ada sahaja kucing, ada yang ambil dari orang, ada yang kutip tepi jalan dari kecil. Lahir pada 2020 masa mula2 nak PKP. Jadi masa PKP meriah jugalah bila ada kucing ni dan kurang stress bila kena kurung di rumah.
Lebih kurang 4 minggu lepas Cigebu mula nampak problem, mula dari tak boleh nak kencing elok. Kemudian kaki belakang jadi tak berfungsi. Bila bawa ke klinik doktor cuma sangka demam. Tapi makin lama menjadi semakin merosot kesihatannya. Dari boleh mengensot kepada dan tak boleh mengensot. Dari boleh makan & minum sendiri kepada dah tak mahu makan dan minum. Terpaksa force feeding jugalah dalam seminggu dua.
Tidak dapat dipastikan betul2 sebab musababnya tapi mungkin ada masalah saraf. Kesian bila tengok dalam 2-3 hari terakhir tu dia akan sawan dari masa ke semasa. Nampak seksa sangat. Akhirnya semalam tamatlah seksaan yang dia tanggung setelah dia mati. Sebelum Maghrib sempat selesaikan pengkebumian Cigebu. Untung ada jiran yang ada cangkul, bila ada cangkul cepatlah kerjanya.
Kata Eryna dalam group wasap, "4 minggu dia menahan kesakitan dan akhirnya dia dh tak merasakan kesakitan.."
Semoga berjumpa semula di Syurga
![]() |
| Hari terakhir Cigebu |
![]() |
| Tempat biasa menanam kucing, di tepi padang |
Sekian, terima kasih.
Rabu, Mac 18, 2020
Kucing beranak pula kat rumah!
Jumaat, Februari 21, 2020
Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman
Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman
Sinomot yang baru dijumpai selepas menghilang selama 4 bulan tiba-tiba hilang semula semalam. Biasanya bila balik dari kerja dia akan muncul, tapi petang semalam tak muncul-muncul. Eryna yang baru balik sekolah pukul 6.30 petang sibuklah mencari sampai ke padang permainan. Tapi tak jumpa. Pagi tadi masa nak ke surau untuk solat Subuh pun tengok kat luar takde dia ni. Tapi tadi masa balik rumah sekejap untuk solat Jumaat tiba-tiba muncul pula.![]() |
| Sinomot buat mula selamba |
iPhone 7 Untuk Eryna
iPhone 6 Eryna yang rosak sebelum ni tak dapat diselamatkan dah, paling tak pun dah tak berbaloi untuk dibaiki. Nak update iOS pun dah tak boleh generasi tu. Jadi 2 minggu ni sibuklah mengusha kut-kut ada yang nak jual iPhone terpakai murah-murah. Mungkin ada yang akan cakap "anak pun pakai iPhone". Sebenarnya senang nak manage pakai iPhone ni, ada function Family Sharing. Mana-mana apps yang dah download boleh download untuk semua ahli keluarga walaupun apps berbayar, sharing juga iCloud storage, set approveal kalau dia nak download app, boleh control apps apa yang boleh buka, berapa masa dan lain-lain. Lagi pun iPhone lagi tahan lama dari Android.Terjumpa seorang seller kat Facebook Marketplace, dapat harga yang berpatutan dan senang deal. Dia datang sendiri kat tempat kerja. Test lebih kurang, then transfer je online. Seronoklah Eryna balik sekolah nanti.
Ahad, Februari 16, 2020
Sinomot Muncul Kembali Setelah Menghilang Selama 4 Bulan
Tak pasti macam mana Sinomot ni boleh hilang tapi duk rasa2 macam orang buang jauh sebab last masa duk jaga dia tu dia ada problem sikit. Dia tak reti lagi nak berak di tempat yang betul. Mungkin terberak kat rumah orang ke lepas tu mungkin orang tu buang dia jauh.
Tgh hari tadi ada janji dengan seorang ni dekat Petron Kg Belah Dua, sekali terjumpa Sinomot ni, jinak macam masa hilang tu, kebersihan pun agak ok cuma agak kurus. Rangka badan dah agak besar sebab dah 4 bulan menghilang.
Dipendekkan cerita, bawa baliklah semua. Tak tahu lagi nak buat apa. Nak lepaskan takut hilang, nak buh dalam rumah takut berak pula nanti. Apa pun semua dalam rumah ni excited bila dapat jumpa semula dengan Sinomot.
![]() |
| Waktu jumpa mula2 |
![]() |
| Cari tanda untuk kepastian |
| Sinomot yang comot |
| Eryna selamba je kutip dan bawa masuk dalam kereta |
| Lama tak dapat makan sedap kut |
| Nampak sihat |







