Sabtu, November 21, 2020

Projek Tukar Kipas Siling

Minggu ni projeknya ialah menggantiakan kipas siling lama kepada kipas baharu. Kipas lama dah makin uzur, dah berbunyi ketak ketak ketak bila dipasang. Wife bila bila work from home selalu duduk bawah kipas ni dan selalu meeting online. Bunyi ketak ketak ketak sangat mengganggu katanya. Satu lagi masalahnya lampu sedia ada bila pasang akan berbayang-bayang bila pasang kipas. Jadi tak cantik dalam meeting online. Disebabkan atas permintaannya bersungguhlah mencari kipas yang sesuai. Cari-cari kat Shopee jumpalah Alpha Fan model AF20 56' dengan lampu LED. Sebenarnya ini bukan kali pertama beli kipas jenama Alpha ni, sebelum ni pernah dah beli dan rasa puas hati cuma sebelum ni beli kat kedai. Yang baharu ni cari kat Shopee. Selain dari kipas siling, rasanya water heater Aplha pun ok, bila orag minta recommend memang akan suggest jenama Alpha ni.


Alpha Fan AF20 58' LED

Baru keluar dari kotak

Kipas yang siap dipasang

Kelebihan kipas ni, dia ada lampu ditengahnya dengan 3 tona color iaitu cool white, warm white dan extra warm light (kut). Lampunya boleh ditukar mengikut kesesuaian. Nak pasang lampu sahaja pun boleh. Cuma sedikit kerisauan ialah takut kalau lampu LED ni rosak. Mungkin kena cari sparepart dari Alpha jugalah rasanya. 

Jadi dengan penggantian kipas ni diharap tiadalah lagi rungutan kalau nak bermeeting online.


Sabtu, November 14, 2020

Vaksin COVID-19 Pelukan Ikan Jerung Untuk Dihasilkan

Vaksin COVID-19 Pelukan Ikan Jerung Untuk Dihasilkan

 

Vaksin COVID-19 Pelukan Ikan Jerung Untuk Dihasilkan
Vaksin COVID-19 Pelukan Ikan Jerung Untuk Dihasilkan

Assalamualaikum, pagi ni bila buka laptop biasanya akan check email Gmail. Dalam email Gmail ni banyak subscribe mailing list yang akan muncul dari semasa ke semasa. Di antara mailing list yang di subscribe ialah dari National Geographic. Kalau nak subscribe jua boleh ke https://www.nationalgeographic.com/ dan scroll ke bahagian paling bawah. Terdapat form untuk masukkan email anda untuk subscribe. 

Berbalik kepada cerita jerung atau shark ini, dikatakan minyak hati jerung digunakan sebagai pemangkin kepada vaksin COVID-19 itu nanti. Untuk mendapatkan minyak hati ikan jerung ini, maka beribu-ribu ikan jerung perlu dibunuh. Perkara ini mula menarik perhatian pejuang alam sekitar dan haiwan. Sama-sama kita ikuti perkembangan ini.


Khamis, November 12, 2020

Keadaan Manusia Ketika Dikumpulkan Pada Hari Kiamat

Keadaan Manusia Ketika Dikumpulkan Pada Hari Kiamat



 

Cigebu (kucing) Tangkap Burung

Cigebu (kucing) Tangkap Burung

 
Pagi tadi sebelum pergi kerja, waktu tengah sarapan terdengar bunyi yang pelik kat luar pintu depan rumah. Wife duk tanya bunyi apa tu, terus dengan spontan sebut Cigebu tangkap burung. Masa tu belum tahu lagi apa yang berlaku sebenarnya. Bila buka pintu rumah, tengok-tengok betul memang Cigebu tengah bermain-main dengan burung. Seronok tengok dia terlompat-lompat bermain dengan burung yang dah nyawa-nyawa ikan. Tak tahulah macam mana dia boleh tangkap burung tu. 
 
Saya berbangga dengan Cigebu. 


 

First time upload video ke Blogger, harap menjadilah. Dulu-dulu tak ada features ini. 

 

Isnin, November 02, 2020

Moving to SSD and Repairing #ThinkPad #T60 loudspeakers with superglue

19 Oktober 2020

Sambungan dari blogpost bertajuk Upgrading IBM ThinkPad T60 CPU from T2400 to T7400. Selain dari upgrade CPU atau processor, dalam masa yang sama HDD telah diupgrade kepada SSD. Dari 60GB HDD kepada 120GB SSD. Dari menggunakan Windows XP kepada Manjaro Linux. Sebenarnya berkira-kira juga nak beli SSD ni, sebab nak pakai kat laptop lama dan tak pasti lagi performance laptop ni bila diupgrade. Saja try cari brand yang kurang terkenal dan habis murah. Kalau rajin ikuti perkembangan memang macam-macam dah jenis syarikat yang keluarkan SSD ni. Bila tanya orang, biasanya orang tak suggest brand pelik-pelik tapi sebenarnya ok je, so far dah pakai dekat sebulan ni takde masalah pun. 

Lepas tukar HDD ke SSD ni sebenarnya ada problem juga, system tak detect SSD tu, mengelabah jugalah duk ingat kena tipu dapat yang faulty ke. Kalau SSD baru tak detect boleh cuba cabut RAM kemudian pasang balik atau reset BIOS dengan cebut cable bateri CMOS.

Bila dah detect terus install Manjaro Linux dengan jayanya kecuali ada problem slow bila lock screen. Nak solve dia ialah dengan just disable auto lock screen.   

Beli lebih supaya ada spare atau jual balik

120GB KingDian SSD

Made in China for sure

Siap install OS Manjaro Linux pada ThinkPad T60


 2 November 2020

Malas nak create posting baharu jadi sambung bawah tajuk yang sama sahajalah. Hari ni cuba repair loudspeakers laptop ni. Masa dapat laptop ni speaker dia dah pecah. Sound apa pun tak dengan kecuali sikit. Duk cari juga kalau ada orang jual, memang tak banyak yang jual. Yang baru langsung dah tak ada yang ada hanyalah second hand. Paling kurang orang jual RM50 juga. Kalau rajin jual part komputer lama ni sebenarnya ok juga sebab akan ada yang mencari.

Sebenarnya nak repair speaker ni lebih extream dari tukar processor, hampir bukak semua dah laptop ni, sampai ke LCD pun kena ditanggalkan. untungnya laptop thinkpad lama ni ialah upgradabilitynya dan repairabilitynya. Kalau laptop baru semuanya dah soldered, kalau boleh bateri pun soldered. Jawabnya pakai buang sahajalah.

Habis tanggal semuanya

Speaker yang rosak, keliling tiada yang bercantum dengan dinding speaker

Mungkin 1W atau 2W je speaker laptop ni

Sapu gam superglue di keliling kertas yang koyak

Gam yang digunakan

Sementara nak pasang tu sempat cuci luar dulu

Sebenarnya tak pasti adakah gam yang digunakan tu sesuai, tapi sebab gam tu ada berus kecil dia, jadi just cuba sahajalah. RM5 beli kat Daiso. Hasilnya laptop ni kembali berspeaker, walaupun taklah sesedap speaker laptop lain, sekurangnya ada juga berbunyi. Kalau nak cuci luar laptop yang dah teruk boleh guna magic spoonge, basahkan dan gosok. Nanti nak gosok lagi & nak cari cara nak bagi nampak gelap balik rubber kulit luar ThinkPad T60 ini. 


Ahad, November 01, 2020

Honda Stream muncul kembali

Dekat 3 tahun dah jual #Stream ni, sekali muncul kelibatnya di jalan raya. Nampak masih dijaga elok oleh pemiliknya. Banyak kenangan bersama Honda Stream ni, merata Malaysia dah dijelajahinya.