Memaparkan catatan dengan label HSJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HSJ. Papar semua catatan

Selasa, Julai 02, 2024

Kursus Media Siri 3: Teknik Fotografi Profesional Dan Reka Grafik Bahan Promosi Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti sudah agak berhabuk jugalah blog ini kerana catatan terakhir adalah pada 23 Jun bermakna seminggu lebih jugalah tiada catatan baharu, pagi ini nak buat catatan sedikit tentang kursus yang telah disertai pada minggu lepas. Sebenarnya untuk tahun ini jumlah hari berkursus baru sehari, jadi disebabkan itu boss telah mengarahkan untuk sertai kursus dua hari ini. Jadi dapatlah 3 hari kursus. Dalam perkhidmatan kerajaan, setiap anggota perlu ada minimum 7 hari berkursus dalam setahun dan perkara ini dipantau sebagai pencapaian individu dan jabatan secara keseluruhannya.

Kursus ini dijalankan di National Productivity Corporation (MPC) di Kepala Batas. Ini kali pertama aku ke sini dan setibanya di tempat kursus aku tertanya-tanya apa fungsi MPC? Nampak seperti sebuah tempat berkursus yang agak lengkap. Suasananya juga agak kondusif. 

Setelah sarapan pagi di kafeteria kelas pun bermula, baru aku tahu yang pengajar bagi kursus fotografi ini ada seorang jurugambar sukan profesional. Beliau selalu ditugaskan untuk acara-acara peringkat antarabangsa termasuk Sukan Asia di China pada tahun 2023. Banyaklah dikongsikan pengalamannya semasa di kejohanan itu. Aku yang sukakan fotografi agak teruja juga dengan perkongsian pengalaman dan hasil gambar yang berjaya diambil pada ketika itu.   

Dari segi teori banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengambil gambar, apa pun praktikal yang lebih penting dan skill akan dibentuk dari pengalaman. Selain itu seorang jurugambar juga perlu editing skill yang tinggi sebelum gambar digunakan untuk tontonan. Selain itu dalam kursus ini juga diajar kaedah fotografi menggunakan mobile phone. Hasil gambar dari mobile phone yang baru sekarang mampu mengalahkan DSLR dalam aspek tertentu. Sampai aku rasa macam dah sampai masa untuk aku upgrade iPhone XR yang aku guna sekarang.

Dalam pada berkursus itu kami diberi tugasan-tugasan luar untuk mengambil gambar, gambar yang dipilih akan dibentangkan untuk dikomen oleh pengajar dan urusetia. Bagus juga pengalaman begini. Camera roll pun agak banyak dengan gambar-gambar dan aku kongsikan sebahagiannya dalam catatan ini. 

Selasa, September 05, 2023

Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 Pada 3-4 Oktober Di Bertam Resort Penang

Poster Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum semua, semoga berada dalam sihat wal afiat. Pagi ni nak pos kat blog ni berkenaan Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 yang akan di adakan pada 3-4 Oktober 2023. Maknanya dalam 3 minggu sahaja lagi konvensyen ni akan berlangsung. Konvensyen ini akan di adakan di Bertam Resort Penang. Ya tempat yang ada waterpark tu. Konvensyen ini dianjurkan oleh Hospital Seberang Jaya. Yang menariknya speaker2 bagi konvensyen ni semuanya adalah orang2 yang tersohor.

Aku telah terlibat secara langsung dalam konvensyen ni sebagai AJK Promosi dan membantu juga hal-hal lain seperti pendaftaran. Ini kali pertama terlibat dalam konvensyen yang sebesar ini. Peserta adalah terbuka kepada orang awam tertutamanya yang berminat dengan fiqh perubatan.

Agak sibuk jugalah dalam dua tiga bulan ni bermula dengan menyiapkan laman web bagi konvensyen ini, kemudian memikirkan flow untuk pendaftaran individu dan berkumpulan, semakan pembayaran dan menjana resit pembayaran. Banyak juga isu yang timbul dalam menguruskan perkara2 ni. Jumlah bilangan peserta yang mendaftar setakat ini ialah 110 orang. Pendaftaran masih terbuka kepada yang berminat. 

Jika ada pembaca blog ini yang berminat untuk sertai boleh pm tepi. Jika nak bantu war-warkan kepada kenalan terutamanya yang terlibat dalam bidang perubatan pun sangat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

Jumaat, Februari 14, 2020

Hari Akhir di Hospital Balik Pulau

Bismillah. Hari ini merupakan hari akhir saya bertugas di Hospital Balik Pulau setelah bertugas dari 24 Disember 2018. Akan bertukar ke Hospital Seberang Jaya pula selepas ini. Ini berikutan pertukaran suka sama suka 3 penjuru di mana jarak rumah dan tempat kerja 3 staf ini dipertimbangkan. Semoga pertukaran ini adalah sesuatu yang baik pada kami bertiga. Apa pun kami akan selalu juga berjumpa kerana masih di bawah kementerian yang sama.

Last day in Hospital Balik Pulau
Second last day in Hospital Balik Pulau
Masa mengangkut barang hujung minggu hari tu, Anjung Indah Balik Pulau
Ini menjadi penempatan ketiga dalam perkhidmatan awam, sebelum ini 5 tahun di Institut Tanah dan Ukur Negara. Alhamdulillah dah dekat dengan keluarga Allah bagi dekat lagi.