Memaparkan catatan dengan label Penang International Airport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang International Airport. Papar semua catatan

Khamis, Jun 13, 2024

Internet Down Satu Hospital

Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis. Mungkin ramai yang berpuasa pada hari ini kerana berpuasa pada 1-9 Zulhijjah amat digalakkan kerana 10 hari pertama Zulhijjah merupakan hari yang paling agung dalam Islam. Saya ada buat catatan mengenainya pada catatan terdahulu. Catatan pagi ini ialah berkenaan perkara yang berlaku pada malam tadi. Pertamanya lepas balik dari kerja semalam aku singgah di gerai menjual satay ayam dan daging. Masa tu kedai baru nak buka dan aku adalah pelanggan pertama. Aku dapati rasa satay ayam kali ini agak pelik, aku sudah banyak kali juga membeli satay di gerai ni. Apa yang boleh aku fikirkan mungkin sataynya kurang lama dibakar kerana hendak cepat. Sepatutnya kena pastikanlah betul-betul masak dahulukan sebelum dibungkus untuk pelanggankan?

Yang keduanya sebelum Maghrib aku dapat mesej mengatakan seluar yang aku hantar untuk potong dan kecilkan sedikit kakinya dah siap, bila aku sampai di kedai selepas Maghrib sekali kedai tutup. Rupa-rupanya kedai ni buka dari jam 5 petang sampai 11 malam tetapi antara jam 7-9 malam tu ditutup. Fahamlah waktu untuk Maghrib/ makan dan Isyak tetapi pada papan tanda operasinya ditulis 5 petang - 11 malam. Dah terkeliru aku dibuatnya. Aku datang semula selepas Isyak dan ambillah 2 pasang seluar tu dengan upah RM30. 

Yang ketiganya aku ke airport untuk mengambil puan isteri yang balik dari KL. Beginilah kehidupan PJJ, dia ada kerja di Perlis pada hari ini jadi dapatlah dia balik lebih awal. Hujung minggu lepas dia tak balik sebab ada kerja di Sabah, cabaran betul rasanya. Kena banyak bersabar. Dalam menunggu ketibaannya di airport tu tiba-tiba dapat mesej mengatakan ada masalah internet di hospital tempat aku bekerja. Tak lama lepas tu, masa dalam perjalanan ke rumah boss pun telefon minta tengokkan. Bila disemak perkakasan dan rangkaian semuanya nampak ok tetapi bagi user internet tidak dapat diakses. Sebelum itu ada power trip dan biasanya kalau masalah internet ni power trip adalah antara punca utama. Sedang duk troubleshoot, tiba-tiba power trip lagi. Haish jenuhlah macam ni, sampai bila pun tak akan selesai. Tetapi selepas 3 kali power trip sekali internet dah ok balik. Risau juga kadang-kadang disebabkan power trip perkakasan boleh rosak. Aku check dengan user dan selepas tu aku pun balik. Sampai rumah hampir pukul 3 pagi. Sekarang tengah kerja dengan kepala yang ting tong sebab tidur lebih kurang 2 jam sahaja.