Akhir Ramadhan 1440

Bismillah.

Ramadhan telah sampai ke akhirnya, semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang tidak mendapat apa-apa pada Ramadhan ini (cari hadis Nabi saw amin tiga kali sewaktu naik mimbar). Ramadhan kali ini dapat menghabiskan masa bersama keluarga, sebelum ini dah 4 tahun tak dapat sepenuhnya menikmati berpuasa di rumah bersama keluarga kerana kerja di INSTUN, Tanjung Malim. Alhamdulillah atas aturan-aturan Allah. 

Lama tak menulis jadi rasa nak menulis sedikit supaya tidak jadi malas menulis. Bila malas menulis kita akan jadi orang malas untuk berkongsi. Bila kurang berkongsi maka kuranglah manafaat yang dapat kita berikan. Sedangkan yang terbaik antara kamu adalah orang yang banyak memberi manafaat kepada orang lain.

Last blogging yang panjang-panjang pun adalah perkongsian tiga post Hari-hari Akhir Bersama Abah (link 1, link 2 & link 3). Banyak yang telah berlaku selepas pemergian abah. Apapun kita perlu move on, apa yang telah pergi tidak akan dapat kembali. Apa yang perlu kita risaukan adalah nasib kita seterusnya. Abah dahulu waktu sahurnya bukan beriya-iya nak makan, apa yang lebih dikejarnya adalah tahajud.

Banyak yang nak dikongsi antaranya Eryna dah naik mula baca Al-Quran. Dari sebelum Ramadhan lagi dah suruh Eryna baca Iqra bagi habis sebab tinggal sikit lagi supaya dapat naik Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Mulianya Ramadhan kerana turunnya Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia selain dari ibadah puasa yang telah disyariatkan kepada umat Muhammad saw dan umat-umat terdahulu. Semoga kita dapat beristiqomah melazimi membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pada yang baru nak mula beramal, antara tipsnya kena ikut bulan Islam, jangan ikut bulan masihi.

Seterusnya pada 20 April lalu bertambah satu lagi komitmen iaitu Honda Wave 125i tu, buat berulang ke surau atau masjid. Sekali sekala bawa juga ke tempat kerja di Balik Pulau. Cepat sikit sampai rumah, itu pun kena check weather forecast dahulu sebelum boleh bawa motor. Karang demam pula. Dah sampai Alor Setar pun motor ni, solo ride dengan wife. Jenuh juga bila dah lama tak bawa motor jauh-jauh. Lepas ni tak tahu nak ke mana pula. 

Kemudian nak perkenalkan Sinomot. Tiba-tiba wife bawa balik rumah anak kucing kutip kat kawasan kedai-kedai. Sekarang dan makin sihat dan cergas. Bolehlah menceriakan suasana kadang-kadang. Sebelum ni ada bela dua ekor kucing tapi umurnya tak panjang mungkin sebab jangkitan virus berbahaya.


Awal Ramadhan hari tu sempat juga balik ke kampung Gombak. Kesian mak tinggal sorang bila abah dah tak ada, selalu anak-anak buah akan temankan mak di rumah, sempat juga ziarah kubur abah sebelum balik ke Penang. Antara adab ziarah kubur, kita tidak boleh bermusafir semata-mata untuk ziarah kubur. Kena ada tujuan lain yang lebih utama.

Itu sahaja setakat ini, semoga Ramadhan ini Allah ampunkan segala dosa-dosa kita semua. 

Jangan lupa tekan like LOL.

No comments: