Rabu, Februari 26, 2020

Q Timex Reissue Falcon Eye

Poster Q Timex Reissue Falcon Eye
Sedang check email pagi ni tiba-tiba muncul newsletter Timex. Memang dah lama subscribe Timex punya newsletter walaupun tak pernah ada jam Timex. Apa pun jenama Timex adalah antara jenama jam yang disukai mungkin sebab minimalis dan ia merupakan satu jenama yang telah mana bertahan dalam dunia jam. Timex akan release semula jam mereka yang pernah direlease pada tahun 1978 iaitu Q Timex Reissue Falcon Eye.

Ikuti video teaser di bawah ini.


Banner Q Timex Reissue Falcon Eye

Nak beli ke ni?

Selasa, Februari 25, 2020

Sementara tunggu anak balik sekolah dating kejap kat Debob Coffee

Debob Coffee

Sejak berpindah tempat kerja yang dekat dengan rumah ni adalah banyak masa sikit petang-petang. Petang semalam sempatlah berdating sekejap dengan wife sambil beli makan malam. Selalu memang cuba settlekan makan malam sebelum Maghrib.


Isnin, Februari 24, 2020

Memenuhi Undangan Perkahwinan Farrah Azween & Fadzli Sazali

22 Februari 2020

Hujung minggu baru ni ada jemputan kenduri sepupu Farrah Azween di KL, jadi sekularga bertolak ke KL pada hari Sabtu dan balik semula ke Penang pada hari Ahad. Tak boleh nak ambil cuti lebih sebab Eryna sekolah. Lagi pun macam rugi pula ambil cuti awal-awal tahun ni. Baru kerja tempat baru pula lagi.

Majlis akad berlangsung pada petang 22 Februari 2020. Tarikh cantik ni berebut orang nak pilih untuk kahwin sampai juru nikah pun tak menang tangan. Mungkin Masjis Agama Islam kena tambah bilangan juru nikah ni. Perkahwinan ini sepatutnya dimudahkan, bukan disusahkan.

Pengantin masuk ke balai akad nikah
Majlis akad nikah selesai lebih kurang pukul 7 malam, selesai makan terus masuk ke bilik sebab sakit dada menyerang, penat pun ya, drive dari Penang makan 4-5 jam juga.

23 Februari 2020


Eryna mengenang kebaikan atuknya semasa hayatnya
Pagi hari Ahad tu sempat bersarapan di Taman Ibukota, kedai ni selalu singgah dulu masa kerja di Jaring Communications. Kerja shift malam, bila balik pagi tu akan singgah beli sarapan kat kedai ni sebelum tidur di sebelah paginya. Selesai sarapan, teringat nak singgah pusara abah (رحمه الله).

Tumpang bergambar di pelaminan

Bergambar bersama pengantin yang diraikan
Kami tiba dimajlis jam 1 lebih, grand betul majlis yang diadakan. Dewan sangat besar dengan ribuan tetamu yang hadir. Tahniah diucapkan, semoga berbahagia sampai ke hari tua. Dalam pukul 2.30PM kami beransur balik dahulu kerana perjalanan jauh lagi.


Khatam Al Quran

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.

Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.

Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.

Jadikanlah ia perisai kami.

Wahai Tuhan sekalian alam.

--

Jumaat, Februari 21, 2020

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot yang baru dijumpai selepas menghilang selama 4 bulan tiba-tiba hilang semula semalam. Biasanya bila balik dari kerja dia akan muncul, tapi petang semalam tak muncul-muncul. Eryna yang baru balik sekolah pukul 6.30 petang sibuklah mencari sampai ke padang permainan. Tapi tak jumpa. Pagi tadi masa nak ke surau untuk solat Subuh pun tengok kat luar takde dia ni. Tapi tadi masa balik rumah sekejap untuk solat Jumaat tiba-tiba muncul pula.

Sinomot buat mula selamba

iPhone 7 Untuk Eryna

iPhone 6 Eryna yang rosak sebelum ni tak dapat diselamatkan dah, paling tak pun dah tak berbaloi untuk dibaiki. Nak update iOS pun dah tak boleh generasi tu. Jadi 2 minggu ni sibuklah mengusha kut-kut ada yang nak jual iPhone terpakai murah-murah. Mungkin ada yang akan cakap "anak pun pakai iPhone". Sebenarnya senang nak manage pakai iPhone ni, ada function Family Sharing. Mana-mana apps yang dah download boleh download untuk semua ahli keluarga walaupun apps berbayar, sharing juga iCloud storage, set approveal kalau dia nak download app, boleh control apps apa yang boleh buka, berapa masa dan lain-lain. Lagi pun iPhone lagi tahan lama dari Android.

iPhone 6 rosak, upgrade ke iPhone 7
Terjumpa seorang seller kat Facebook Marketplace, dapat harga yang berpatutan dan senang deal. Dia datang sendiri kat tempat kerja. Test lebih kurang, then transfer je online. Seronoklah Eryna balik sekolah nanti.

Khamis, Februari 20, 2020

Sistem Pemenggalan Waktu

Ramai orang keliru berkenaan waktu ni bukan sahaja dalam percakapan malah dalam surat menyurat pun sama. Dapat gambar ni dari salah satu group WhatsApp. Terima kasih pada yang berkongsi. Boleh dijadikan panduan bila ada keperluan.
Berikut petikannya dari gambar di atas.

Sistem Pemenggalan Waktu
(Sumber DBP)

Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI

Munsyi DBP
Semoga ada manafaat.

Ahad, Februari 16, 2020

Sinomot Muncul Kembali Setelah Menghilang Selama 4 Bulan

Macam mimpi pula bila jumpa balik Sinomot selepas 4 bulan menghilangkan diri. Kucing ni kucing kutip sahaja tapi sebab bela dari kecil, dalam keadaaan 'kalau tak dikutip mungkin dia akan mati', mungkin ada value lain sikit Sinomot ni.

Tak pasti macam mana Sinomot ni boleh hilang tapi duk rasa2 macam orang buang jauh sebab last masa duk jaga dia tu dia ada problem sikit. Dia tak reti lagi nak berak di tempat yang betul. Mungkin terberak kat rumah orang ke lepas tu mungkin orang tu buang dia jauh.

Tgh hari tadi ada janji dengan seorang ni dekat Petron Kg Belah Dua, sekali terjumpa Sinomot ni, jinak macam masa hilang tu, kebersihan pun agak ok cuma agak kurus. Rangka badan dah agak besar sebab dah 4 bulan menghilang.

Dipendekkan cerita, bawa baliklah semua. Tak tahu lagi nak buat apa. Nak lepaskan takut hilang, nak buh dalam rumah takut berak pula nanti. Apa pun semua dalam rumah ni excited bila dapat jumpa semula dengan Sinomot.


Waktu jumpa mula2
Cari tanda untuk kepastian
Sinomot yang comot
Eryna selamba je kutip dan bawa masuk dalam kereta
Lama tak dapat makan sedap kut
Nampak sihat
Sekarang dia tengah tidur kat tangga.

Jumaat, Februari 14, 2020

Hari Akhir di Hospital Balik Pulau

Bismillah. Hari ini merupakan hari akhir saya bertugas di Hospital Balik Pulau setelah bertugas dari 24 Disember 2018. Akan bertukar ke Hospital Seberang Jaya pula selepas ini. Ini berikutan pertukaran suka sama suka 3 penjuru di mana jarak rumah dan tempat kerja 3 staf ini dipertimbangkan. Semoga pertukaran ini adalah sesuatu yang baik pada kami bertiga. Apa pun kami akan selalu juga berjumpa kerana masih di bawah kementerian yang sama.

Last day in Hospital Balik Pulau
Second last day in Hospital Balik Pulau
Masa mengangkut barang hujung minggu hari tu, Anjung Indah Balik Pulau
Ini menjadi penempatan ketiga dalam perkhidmatan awam, sebelum ini 5 tahun di Institut Tanah dan Ukur Negara. Alhamdulillah dah dekat dengan keluarga Allah bagi dekat lagi.

Khamis, Februari 13, 2020

Glitch Screen Wallpaper Generator

Dulu-dulu suka sangat dekat pelbagai jenis generator. Ni saja post sejenis generator untuk buat wallpaper. Effect dia macam screen rosak. Kat bawah ni salah satu contohnya. Boleh cuba pada link ini.

Generate your own Glitch Screen wallpaper for Computer, tablet or mobile phone

Selamat mencuba.

Rabu, Februari 12, 2020

Repair iPhone Eryna

Awal bulan Januari hari tu iPhone 6 Eryna rosak, mula-mula ingatkan masalah bateri. Jadi aku pun orderlah bateri kat Shopee, untungnya pakai iPhone sekarang ni spare part dah banyak tak macam dulu-dulu, kalau rosak kena bawa ke kedai dan upah repair mesti mahal. Dah berkali-kali juga aku duk tukar bateri iPhone ni. Lepas tukar bateri baru iPhone boleh hidup cuma sehari je. Lepastu dah tak boleh charge balik. Terjumpalah satu orang ni ofer service baiki iPhone, dan dia check depan-depan. Kagum juga tengok di diagnos masalah iPhone ni. Bila dia test tengok-tengok tak boleh juga, katanya masalah board. Bila masalah board dia minta RM250 untuk baiki, rasa macam tak berbaloi dah nak baiki. Sekarang tengah cari-cari iPhone 6S ke iPhone 7 ke murah-murah untuk Eryna.

Tools yang digunakan untuk baiki iPhone
Buka iPhone kat KFC
Tukang baiki ni pergi ambil powerbank untuk test
Kalau ada iPhone murah-murah nak jual bagitahulah ya.

Isnin, Februari 10, 2020

Masjid Al Malik Khalid USM

Bismillah. Cerita hari Jumaat lepas (7 Februari 2020). Petang Jumaat tu kena hadir ke JKNPP di Bangunan MARA sebab ada pembentangan laporan analisa rangkaian di HPP dan HBP. Jadi tengah hari tu terus plan untuk solat Jumaat di USM sebelum ke Bangunan Mara. Dapat lunch dengan wife sekali. Banyak kenangan di USM ni, dulu 4-5 tahun juga bekerja di USM. Tiap hari Jumaat akan jalan kaki ke masjid ni. Antara sunnah yang memakin ditinggalkan dan perlu dipraktikkan semula oleh kebanyakkan orang ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Shall I not tell you something by means of which Allaah erases sins and raises people in status?" They said: Yes, O Messenger of Allaah. He said: "Doing wudoo' properly at times when it is difficult to do so, taking many steps to the mosque, and waiting for prayer after prayer. That is constant readiness." Narrated by Muslim, 251.

Via: https://islamqa.info/en/answers/70216/going-to-the-mosque-walking

Jadi kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.





Jumaat, Februari 07, 2020

Casio LA-20WH

Selamat sampai dengan baik. Sesuai untuk buat pergi sekolah sebab tak fancy. Yang penting tahan dari jam 10 ringgit sebab original Casio.

Review pada laman Shopee

Satu kenikmatan bila kita kerja dan ada ruang masa untuk solat awal waktu. Bukan semua orang dapat nikmat ni. Bagi2 rider2 food panda mereka berpeluang kerja dalam masa yang sama tak kacau waktu solat. Beruntunglah mereka. Ada pula yang ada peluang untuk solat tapi tak mahu solat. Ini kufur nikmat.

Komen saya pada post ini:

Satu kenikmatan bila kita kerja dan ada ruang masa untuk solat awal waktu. Bukan semua orang dapat nikmat ni. Bagi2 rider2 food panda mereka berpeluang kerja dalam masa yang sama tak kacau waktu solat. Beruntunglah mereka. Ada pula yang ada peluang untuk solat tapi tak mahu solat. Ini kufur nikmat.

https://www.facebook.com/shakran.shamsudin/posts/10219710309222583?comment_id=10219716385614489

Fikir-fikirkanlah.



Perubahan Waktu Solat Subuh Negeri Pulau Pinang

Bismillah.

Nampaknya Pulau Pinang menyusuli Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Perak dalam menepatkankan lagi waktu mula solat fardhu Subuh bermula 8 Februari 2020 bersamaan 14 Jamadilakhir 1441H. Berikut petikan pengunguman rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2020 yang bersidang pada 5-6 Februari 2020/11-12 Jamadilakhir 1441H telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-116 yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja mengenal penetapan permulaan waktu Subuh di Malaysia adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.
Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah secara purata 8 minit. Perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja manakala waktu-waktu lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat padaTakwim Hijri 1441 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang terbitan Jabatan ini. Bagi seluruh negeri Pulau Pinang, pelaksanaan ketetapan baru ini berkuat kuasamulai esok, 8 Februari 2020/14 Jamadilakhir 1441H (Sabtu).
Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkanwaktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqadha (diganti) setakat sebelumtarikh ketetapan baru ini dikuatkuasakan. Jadual Waktu Solat Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat turun di Laman Rasmi Jabatan ini atau Portal e-Solat JAKIM mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Jabatan. Sekian, dimaklumkan.