Selasa, Julai 23, 2024

Kenangan Backpackers

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini aku membaca satu cacatan blog dari blog Travel My Way.  Catatannya kali ini bertajuk 5 Tips Menjadi Seorang Traveler Backpackers Ke Luar Negara. Catatan ini sangat menarik pada aku kerana ia mengingatkan aku pada zaman-zaman aku rajin travel dahulu. Suatu masa dahulu ketika kerajaan banyak salurkan dana penyelidikan ke universiti, pensyarah berpeluang untuk hadir ke conference untuk membentangkan kajian mereka. Salah seorangnya puan isteri akulah. 

Makanya ketika itu banyak peluang untuk melihat dunia luar secara tidak langsung selain hadir ke conference tertentu. Bila hadir ke converence budget yang diberikan adalah sekadar cukup makan jadi kena keluarkan budget sendiri untuk selainnya. Apatah lagi kalau nak berjalan-jalan ke bandar lain. Ketika itu semestinya kewangan sangat terhad dan travel cara backpackers itu adalah biasa. Bila travel begini kepakaran menggunaan train dan bas adalah sangat perlu. Teringat kenangan semasa di Amsterdam, kami menginap di sebuah hotel yang jaraknya ke Amsterdam agak jauh. Selama beberapa hari kami akan ke Amsterdam dengan menaiki bas dan train untuk membeli makanan halal. Ketika itu bulan Ramadan, nak tak nak kena juga travel supaya dapat makan yang heavy untuk berbuka. Mulanya memang susah juga nak faham bagaimana jadual trainnya tetapi sebenarnya ia jadi menyeronokkan kerana biasanya ia akan ambil masa untuk faham dan bila betul tu kita happy dia lain macam. Terkejar-kejar itu adalah perkara biasa. 

Bila travel di luar negara ni kaki memang kena kuat, kena pakai kasut sport supaya boleh terkejar-kejar dengan selesa. Stamina juga kena fit dan banyakkan minum air di mana-mana sahaja. Jalanlah sebanyaknya di waktu siang dan tidur akan jadi tak sedar apa kerana penatnya berjalan. Kalau boleh tu kena praktis 5,000-10,000 step setiap hari. Kalau kena waktu sejuk oklah sebab jalan banyak pun tak terasa penat. Badan pun segar dan rasa lebih muda. Di kesempatan masa yang ada itu susunlah itinerari dengan backup plan sekali supaya kalau tak jadi ke suatu tempat adalah backup. Mosly pergilah ke mana pun semuanya akan jadi pengalaman walau pun bukan tempat-tempat tarikan pelancong. Akan ada sahaja benda-benda yang menarik. Pergilah ke pasar, flea market ke, buat research kerana mereka banyak buat event2 kecil yang menarik. 

Dah lama tak travel ke Europe sebenarnya, dengarnya sekarang risau sedikit kerana sentimen anti pelancong Islam/ Asia ni agak kuat di sana. Banyak perubahan lanskap politik di negara barat. Apapun sentiasa bertawakal dan berdoa di sepanjang permusafiran, antara ketikanya doa mustajab ialah ketika sedang bermusafir yang bukan tujuan maksiat. Moga ada rezeki untuk travel sementara masih sihat dan larat. Sekian dahulu catatan kali ini. Assalamualaikum. 

Sabtu, Julai 20, 2024

Menghadiri Kelas Tadabbur Ustaz Muein bertajuk Tadabbur Surah Al-Mudaththir Ayat Satu Hingga Tujuh

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Selamat beristirahat bersama keluarga. Ini ucapan biasa yang kita biasa ucapkan atau biasa didengari. Malam tadi berpeluang ke kuliah taddabur Ustaz Muein di Dewan Imam Al-Syafie. 

Ustaz Muein ni terkenal dengan dakwahnya melalui tadabbur Al-Quran. Biasa mengikuti kuliah-kuliah beliau secara online selama bertahun-tahun. Antara yang dikagumi bila ikuti kelas beliau, beliau akan tekankan pentingnya tadabbur kerana dengan tadabbur akan banyak menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Begitu juga dengan tadabbur ia akan membuatkan kita lebih faham tentang agama dan pegangan kita. 

Sebelum itu sebenarnya semasa ke surau pada hari Rabu lepas ada seorang sahabat mengajak untuk ke kuliah ni bersama seorang lagi sahabat. Aku pun fikir-fikir ok dan inilah peluang untuk bersemuka dengan Ustaz Muein. Jika tidak hanya dapat tengok di alam maya sahaja. Lepas aku pun pergilah dengan menumpang kereta. Sepatutnya kelas mula lepas Maghrib qadarullah jadi lepas Isya kerana masalah flight delay dan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang. Tahu sahajalah bila hari Jumaat macam mana kesesakannya.

Selepas Isya ustaz pun sampai. Kagum dengan kesungguhan beliau, tidak sedikit pun beliau memberitahu kesusahannya atau keletihannya untuk sampai bahkan terus bersemangat menyampaikan kuliah tadabbur Surah Al-Muddaththir ayat satu hingga tujuh. Dalam kuliah ustaz menyebut ada pendapat yang mengatakan surah ini merupakan surah kedua diturunkan setelah turunnya wahyu pertama iaitu ayat satu hingga lima surah Al-Alaq (surah Iqra'). Dalam surah ini Allah menyeru kepada nabi saw yang masih dalam ketakutan kerana setelah menerima wahyu pertama yang secara langsungnya melantik Muhammad saw menjadi seorang nabi dan rasul. Dalam ayat satu hingga tujuh ini Allah memerintahkan nabi saw supaya keluar dari selimut (kerana ketakutan) dan menyuruh nabi keluar berdakwah dengan enam panduan iaitu; berdakwah dengan mengagungkan Allah, berdakwah dengan membersihkan pakaian, berdakwah dengan menjauhi maksiat, berdakwah dengan memberikan sesuatu dengan ikhlas dan akhir sekali berdakwah dengan bersabar dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah.

Selesai kuliah hampir jam sebelas malam. Dalam perjalanan balik tu puan isteri telefon kerana anak bagitahu bapanya tak balik-balik lagi. Habis hilang semua semangat nak pergi berdakwah. Rakaman bagi kuliah ada di Facebook Ghulam Al-Dakwah. Sekian dahulu catatan kali ini. Assalamualaikum.

Rabu, Julai 17, 2024

I hit my daily Move goal for the 500th time on my #AppleWatch.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semacam teruja sangat pula bila mencatat blog di waktu malam ni. Bukan apa time semangat ni jangan dikacau, bila hilang mood nanti berminggu tak berupdate blog ni. 

Ringkas sahaja catatan malam ini, ia berkenaan Apple Watch lagi, sebelum-sebelum ni pun ada update berkenaan Apple Watch, kalau berminat boleh klik pada categori selepas habis baca catatan ini. Malam ini dah berjaya membuka kunci (unlocked) untuk mendapatkan badge ini. Apple Watch ni pada setiap hari akan ada Move ring yang perlu dicapai. Kalau hampir-hampir tak dicapai dia akan beri galakan supaya kita usaha juga untuk cukupkan pergerakan dalam satu hari. Kemudian dia akan review dan suggest ikut pencapaian kita pada setiap minggu. Ada elemen coaching lebih kurang. Badge 500 move ini menandakan aku telah close move ring sebanyak 500 hari sejak mula ada Apple Fitness pada iPhone, jadi orang yang tiada Apple Watch pun boleh dapat juga sedikit sebanyak features ni.

Jika di hari-hari biasa aku akan cuba juga closekan move ring ni disamping exercise & stand ring. Cuma bila ada hal-hal tertentu memang susahlah nak close semua ring. Setakat hari ini setting untuk move ring setiap hari ada 380KCAL. Harap dapatlah maintain kerajinan ini untuk kesihatan sendiri juga.  

Again, I hit my daily Move goal for the 500th time on my #AppleWatch. Sekian.

Selasa, Julai 16, 2024

Sejarah Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamu'alaikum dan selamat pagi, pagi ini ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan pada blog ini berkenaan Hari Asyura iaitu bersamaan dengan 10 Muharram iaitu sama tarikhnya dengan tarikh hari ini. Sebenarnya dua hari ini sedang berkursus dua hari jadi agak lapang sedikit dari bebanan tugas hakiki. Berkenaan hari Asyura ramai yang telah mengetahui tentang kelebihan puasa padanya tetapi mungkin ada yang kurang tahu tentang sejarahnya. Terdapat 4 peringkat bagi puasa Asyura iaitu:

  1. Semasa di Makkah Rasululluh saw telah pun berpuasa hari Asyura begitu juga kaum musyrikin Mekah. Ternyata kaum musyrikin Mekah melaksanakan ibadah2 seperti ibadah kaum muslimin bagaimana pun kesilapan mereka ialah dalam menyembah Allah mereka mensyirikkan Allah dengan berlebihan mengagungkan orang alim di kalangan mereka sehingga mereka menggantung patung-patung berbentuk orang alim mereka yang telah meninggal dunia. Mereka menambah-nambah dan mengubah apa yang tidak sepatutnya ditambah dan diubah dalam ibadah.
  2. Tahap kedua ialah ketika nabi saw telah berhijrah di Madinah dan mendapati orang Yahudi berpuasa juga pada pada hari Asyura. Bila ditanya kepada orang Yahudi, mereka menyatakan hari Asyura adalah hari yang baik di mana nabi Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur kepada Allah kerana menyelamatkan nabi Musa as dan pengikutnya dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Nabi Muhammad saw menyatakan kaum musliminlah yang sepatutnya lebih lebih mengikuti amalan nabi Musa as ini. Lalu nabi Muhammad saw menganjurkan puasa hari Asyura. Bahkan ketika itu hukumnya berpuasa hari Asyura adalah wajib. 
  3. Tahap ketiga ialah apabila turunnya perintah kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan maka pada ketika ini kewajipan puasa pada hari Asyura berubah hukumnya menjadi sunat.    
  4. Tahap keempat ialah apabila hampir kewafatan nabi saw. Rasulullah saw mahu membezakan amalan puasa Asyura ini dengan kaum Yahudi lalu baginda mensunnahkan berpuasa pada tanggal 9 Muharram. Bagaimana pun Rasulullah saw tidak sempat melaksanakannya kerana sebelum tanggal 9 Muharram itu Rasullullah telah dahulu wafat. Bagaimana pun walaupun sunnah ini tidak sempat dilakukan oleh Rasulullah namun ia tetap menjadi sunnah kerana telah dikhabarkan kepada para sahabat ra. 

Catatan ilmu dari Ustaz Dr Firanda Andirja. Sekian dahulu catatan kali ini, selamat berpuasa dan mendalami ilmu syari'e.

Isnin, Julai 08, 2024

Baiki 2 Laptop Dan Menjual ThinkPad X280

Assalamualaikum dah selamat pagi. Hari ni bercuti sempena Awal Muharam yang jatuh pada hari Ahad  dan dibawa ke hari Isnin jadi di sela masa ini aku cubalah merajinkan diri sedikit untuk membuat catatan pada blog ini tentang hal semalam. Entah macam mana ada dua orang call untuk check laptop mereka. Biasanya jarang-jarang nak dapat seorang customer pun. Ikut nasiblah sebab aku buat service ni pun suka2 sahaja. Sambil2 ada masa boleh tambah2 sikit pendapatan. Kadang tu tolong2 sahaja. 

Yang pertama laptop ASUS TUF F15. Sebelum ni ada juga dapat model ni tapi bukan rosak, cuma upgrade WLAN card. Yang ini tak boleh on, powernya ada tapi bila on dia akan mati immediately. Setelah aku buka dah check semua aku buat kesimpulan kemungkinannya motherboard problem. Disebabkan laptop masih dalam warranty aku suggest dia call ASUS sahaja. Dalam pada itu aku offer satu laptop ThinkPad secondhand kut-kut dia urgent nak pakai dan dia setuju untuk beli. Just masuk hard disk lama dari laptop rosak dan masuk laptop yang aku jual tu, terus boleh pakai, tak perlu nak install software dan transfer file. 

Customer kedua pula hard disk dia rosak, cuma laptop ni digunakan untuk troubleshoot kereta, jadi kalau ganti hard disk lain no point juga sebab yang penting software untuk troubleshoot tu. Aku pernah juga jumpa laptop untuk troubleshoot kereta ni biasanya dijual sekali dengan software. Jadi orang tu tak mahu repair dan ambil semula laptop dia. Yang ni aku tak charge apalah sebab just checking isu sahaja. 

Lepas settle semuanya kami sekeluarga bertiga keluar untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Subaidah, aku pekena nasi gorang ayam. Malas nak makan nasi kandar sebab dah agak lewat masa tu, takut lauknya dah agak lama. Lama dah sebenarnya teringin nak makan nasi kandar tapi hold dahulu, kena timing yang betul-betul cantik baru cari semula. Baru puas hati huhu.

Jumaat, Julai 05, 2024

Beriman Kepada Hari Akhir

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat. Semoga Allah mengizinkan kita untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw sepanjang hari ini. Hari ini adalah hari terakhir pengajianku dalam bab Beriman Kepada Hari Akhir. Sebanyak 25 halaqah pengajian telah diikuti setaip hari. Ditambah dengan 1 minggu cuti menjadikan keseluruhannya adalah 6 minggu. Bagi setiap halaqah akan ada ujian harian, mingguan dan ujian akhir. Jika tidak silap hujung minggu ini akan ada ujian akhir. 

Beriman kepada hari akhir merupakan 1 dari 6 rukun iman yang mana setiap orang perlu mengimaninya sebagai mana yang telah dikhabarkan dari Al-Quran dan hadith. Di bawah ini aku kongsikan catatan ringkas aku bagi setiap halaqah. 

HSI Beriman Kepada Hari Akhir

5.1.1: Makna dan dalil beriman kepada hari akhir. Tiada lagi hari setelahnya. Beriman dengan segala hal yang berkaitan dengan hari akhir tersebut. Kematian, firnah kubur, kebangkitan manusia, hitungan amal, masuk ke syurga dan negara. Termasuk rukun iman, tidak sah iman tanpanya. An Nisa 136. Tiada yang mengetahui kapan berlakunya kecuali Allah. Al Araf 187. Mempersiap bekal yang cukup.

5.1.2 Bekal perjalanan menuju negeri akhirat. Perjalanan yang panjang, perlukan bekal yang cukup. Bekalannya adalah taqwa. Wa tazawwadu.. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa - Al Baqarah 197. Laksana perintah berdasar dalil sahih dan mengharapkan pahala dari Allah, menjuhi maksiat berdasar dalil sahih kerana takut azab Allah. Tidak bersedih dengan apa yang telah ditinggalkan - Al Ahqaf 13. Mencintai hawa nafsu - Al Insan 27.

5.1.3 Menjalankan perintah Allah bekal menuju hari akhirat. Perintah Allah bila dijalankan dengan ikhlas dan sesuai sunnah akan menjadi hasanah dan pahala. Perintah yang paling dicintai ialah apa yang telah Allah wajibkan. Tiada yang lebih dicintai selain bertaqarrub dengan apa yang telah diwajibkan. Hadis riwayat Bukhari. Hak Allah; tauhid, solat, puasa, haji. Hak makhluk; nafkahi tanggungan berbakti kepada 2 orang tua. Jika ada waktu dan kemampuan lakukan sunnah. Baik dan terus menerus. Menuntut ilmu agama, zikrullah, berjihad, dakwah di jalan Allah, akhlak baik. Orang yang sibuk dengan sesuatu yang menjadi kewajipannya sehingga tidak bisa mengerjakan sesuatu yang mustahab atau sunnah maka dia mendapat ulur, orang yang sibuk dengan sesuatu yang mustahab kemudian dia lalai dengan kewajipan dia maka orang tersebut adalah orang yang tertipu. Minta pertolongan dalam beramal dan minta supaya amalan itu diterima.

5.1.4 Meninggalkan kemaksiatan merupakan bekal menuju akhirat. Meninggalkan kemaksiatan ialah pahala, melaksanakannya membawa dosa. Dosa yang paling bahaya ialah dosa yang kekal tidak bertaubat. Yang pertama: kufur besar (kekafiran) menentang tauhid, dusta kenabian, ingkari syariat, mengejek. Al Baqarah 39. Kedua syirik besar. Setiap syirik adalah kekufuran dan tidak setiap kekufuran adalah syirik. Menyekutukan Allah. Al Maidah 72. ketiga: Nifak besar termasuk orang kafir. Menyembunyikan kekufuran di dalam hati dan menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan. Lapisan neraka paling bawah. An Nisa 145.

5.1.5 Dosa2 besar dan dosa2 kecil. Dosa bid'ah. Hadis bid'ah adalah sesat riwayat Muslim. Pelaku bidah seperti menganggap apa yang tunjukkan Rasulullah tidak sempurna. Dosa besar yang diancam dengan dunia atau dengan neraka. Zina, curi riba, membunuh. Dosa kecil, tidak sampai kepada dosa besar. Lihat aurat, menjadi besar, dilakukan terus menerus tanpa taubat. Hadis bahaya dosa kecil hingga berkumpul dalam diri. HR Ahmad.

5.1.6 Penghapus dosa. Perkara yang boleh menghapus dosa ada 4. 1. Taubat nasuha At Tahrim 8. Syarat; penyesalan, tinggalkan, tekad tidak ulang, segera tunaikan/ halalkan/ maaf hak jika ia berkait hak orang. 2. Memohon maghfirah. Tutup dosa dari manusia, memohon dihapus. Lebih 70 istighfar sehari. HR Bukhari. 3. Beramal soleh. Hud 114. 4. Bersabar bila ditimpa musibah. HR Bukhari.

5.1.7 Kematian. Keluarnya nyawa dari jasad. Menguji siapa yang paling baik amalannya. Kullu nafsin... Ali Imran 185. Sering mengingat mati. Khusyuk beribadah. Segera bertaubat. Tidak lalai. Hendaklah banyak mengingat segala yang memutus kenikmatan. HR Tirmizi, Nasaie, Ibn Majah. Meninggal dalam khusnul khotimah. Jika Allah menghendaki kebaikan maka diberi seseorang untuk beramal soleh; Lailailallah. HR Tirmizi. Orang yang kalimat akirnya Lailahaillahlah akan masuk ke dalam syurga. HR Abu Daud.

5.1.8 Fitnah Kubur. Fitnah ertinya ujian. Siapa robb, nabi dan apa agamanya. Memohon ampun untuk saudara. HR Abu Daud. Bersungguh2 mempersiapkan jawapannya. Tiada fitnah kubur bagi; 1. Para syuhada Cukuplah kilatan pedang di atas kepalanya sebagai ujian. HR Nasai. 2. Meninggal hari Jumaat atau malamnya - HR Tirmizi.

5.1.9 Nikmat dan azab kubur. Beriman meski pun belum atau tidak tahu bagaimananya. Dalil - Mengazab 2 kali. At Taubah 101. Hadis Al Bara - Berlindung kepada Allah dari azab kubur HR Abu Daud.

5.1.10 Nikmat dan azab kubur bahagian 2. Hadis Al Bara, jika berjaya jawab fitnah kubur dengan baik, hamparan syurga, pakaian syurga, pintu menuju syurga, angin syurga, wangi, luas kubur, ditemani amal soleh berupa seorang berwajah bagus, cantik, wangi. Tidak berjaya - alas neraka, pakaian neraka, pintu menuju neraka, angin panas dari neraka, sempit kubur tulang rusuk bersilangan, ditemani dosa2 berupa seorang yang buruk rupa dan busuk. Kemaksiatan penyebab azab kubur. Namimah (mengadu domba), tidak menjaga diri dan pakaian dari kencing - HR Bukhari Muslim. Azab boleh terhenti dengan doa yang berzairah, bertaubat dari kemaksiatan, doa sebelum salam. HR Muslim.

5.1.11 Tanda-tanda kiamat yang telah terjadi dan telah berlalu. Iqtaroba - Al-Anbia 1. Telah datang tandanya - Fahal yanzuru... - Muhammad 18. Tandanya telah diutus Nabi Muhammad - Diutusnya aku dengan kiamat antara dua jari - HR Bukhari Muslim. Iqtaroba Terbelah bulan - Al Qamar 1. Bukti kerasulan Hadis lihatlah-lihatlah - HR Muslim.

5.1.12 Tanda2 hari kiamat yang sudah terjadi dan sedang terjadi. Keluarnya nabi2 palsu. 30 orang HR Bukhari dan Muslim. Mempunyai banyak pengikut. Musailamah, Al Aswad, Mukhtar. 2 Berlumbanya orang yang dahulunya miskin membina bangunan. HR Muslim. 3. Disandarkan pekerjaan kepada orang tidak berhak. Amanah disia2kan. HR Bukhari. 4. Salam hanya untuk orang yang dikenal.

5.1.13 Tanda-tanda dekat hari kiamat yang belum terjadi. 1. Kemunculan Imam Mahdi. Sama nama nabi dan sama nama bapanya. HRk Abu Daud. Dari keluargaku. Luas dahi, mancung hidung. 7 tahun HR Abu Daud. Diriwayatkan oleh 26 sahabat nabi. Waspada dengan orang yang mengaku Imam Mahdi.

5.1.14 Tanda2 besar dekatnya hari kiamat. 10 tanda, jika muncul semuanya makan akan segera kiamat. Ia berturut2. Asap, dajjal, daabah, terbit matahari barat, Isa, yaajuj maajuj, terbenam tanah timur, barat, jazirah arab, api yang keluar dari Yaman yang membawa manusia ke padang pengumpulan. HR Muslim. Tidak mengikut turutan.

5.1.15 Dajjal bahagian 1. Dari segi bahasa ertinya pendusta besar. manusia keturunan nabi Adam. Fitnah terbesar dalam sejarah manusia. HR Muslim. Sebelum kemunculan dajjal bumi dalam kemarau panjang, sangat perlukan air dan makanan. Dajjal muncul menyatakan dirinya tuhan. Punya kuasa seperti tuhan. Bergerak cepat, boleh menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman, membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka. 70.000 Yahudi Asbahan. Orang beriman pun ada yang mengikut dajjal. HR Abu Daud. Semua nabi telah ingatkan pengikutnya tentang dajjal. HR Bukhari. Tamim. Sekarang ada di sebuah pulau. HR Muslim.

5.1.16 Dajjal 2/3. Ciri2 dajjal. Gemuk, kulit merah, kerinting rambutnya, mata kanan buta, mata kiri seperti anggur, kaf fa ra. Orang beriman boleh membaca walaupun buta huruf. Hadis R Bukhari dan Muslim. Tiada anak HR Muslim. Apabila samar, Rabb tidak buta sebelah mata. HR Ahmad, Abu Daud. Tinggal di bumi 40 hari. 1 tahun 2 setengah bulan. HR Muslim.

5.1.17 Dajjal 3/3. Mencari jalan keselamatan dari fitnah dajjal. 1. Mengenal Allah dengan nama dan sifat. 2. Mentaati Rasulullah saw. Hadis Tamim ad-Dari. HR Muslim. 3. Doa ketetapan hati. 4. Doa hindar fitnah dajjal sebelum salam. 5. Menjauh dari dajjal jika mendengar kedatangannya. HR Abu Daud. Manusia akan pergi ke gunung-gunung. HR Muslim. 6. Ke Tanah Haram. HR Bukhari & Muslim. 7. 10 ayat pertama al-Kahfi. HR Muslim. 8. Sungai api dan air. Ambil sungai api. HR Muslim. Muncul sewaktu Imam Mahdi, dibunuh Nabi Isa AS.

5.1.18 Turunnya nabi Isa AS. Tanda besar kiamat. Az-Zukhruf 61. Di masa fitnah dajjal. Turun waktu Subuh berimam Imam Mahdi. HR Bukhari & Muslim. Bunuh dajjal di Baitul Maqdis. Pohon ghorqad. HR Muslim. Keluar Ya'juj Ma'juj muncul selepas itu.

5.1.19 Turunnya Nabi Isa AS 2/2. Setelah ya'juj ma'juj binasa, Nabi Isa menjadi pemimpin adil yang menegakkan syariat Islam. Hancurkan salib, bunuh babi, batalkan hukum jizyah, harta berlimpah ruah, tiada yang mahu menerima sedekah. HR Bukhari Muslim. Beriman kepada syariat Nabi Muhammad. Manusia aman tenteram dan damai. Kehidupan sangat indah. HR Ad Dailami. Tunai haji dan umrah. HR Muslim. Hidup 40 tahun, meninggal dan di solatkan oleh kaum muslimin. HR Abu Daud.

5.1.20 Ya'juj dan majuj. 2 golongan manusia dari keturunan Nabi Adam. Sudah ada di zaman Zulkarnain membuat kerosakan. Dinding rasaksa menghalang. Berusaha untuk keluar setiap hari dengan menggali. Tanpa InsyaAllah. HR Ibn Majah. Telah terbuka sedikit di zaman Rasulullah seperti lingkaran yang dibentuk jari telunjuk dan jari ibu. Al-Kahfi 98-99. Turun dengan cepat dari tempat tinggi. A-Anbia 96.

5.1.21 Ya'juj dan Ma'juj 2/2. Keluar setelah terbunuhnya dajjal. Tidak seorang pun yang mampu melawan mereka. HR Muslim. Jumlah mereka sangat banyak. Sungai kering. Lari darinya. Bunuh penduduk langit pula. HR Tirmizi Ibn Majah. Kepung Nabi Isa dan pengikutnya . Kumpul di gunung Thur. HR Muslim. Guna bekas kayu busur sebagai bahan bakat sehingga 7 tahun. Ibn Majah.

5.1.22 Keadaan Islam setelah meninggalnya nabi Isa AS. Setelah jaya Islam di zaman Nabi Isa Islam melemah sedikit demi sedikit. Puasa, solat sembelihan tidak diketahui. Al Quran diangkat. Seperti hilang lukisan pada pakaian. Pergi Quran dalam satu malam. Sekelompok manusia di atas kalimat lailahaillah kami mengatakannya. H Ibn Majah. Zina terangan di pinggir jalan. Muslim. Tiada haji, Bukhari Kaabah di pecah. Muslim. Sembah berhala. Mereka akan melihat dahsyatnya kiamat. Lebih jelek dari zaman jahiliyah. HR Muslim. Tanda akhir; Keluarnya api, terbit dari barat, tenggelam tanah. Keluarnya haiwan melata, asap. HR Muslim.

5.1.23 Terbitnya matahari dari barat. Tiap hari minta izin untuk terbit dari timur. HR Bukhari. Termasuk tanda besar dekatnya kiamat. Orang yang nampak akan beriman kesemuanya. Al-An'am 158. Tanda kekuasaan ini ialah matahari telah terbit dari barat. HR Bukhari dan Muslim. Segera bertaubat walau besar mana pun dosanya. Allah menerima taubat orang yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat. HR Muslim.

5.1.24 Keluarnya haiwan melata dan asap. Bisa bicara dengan manusia. An Naml 82. Keluar waktu dhuha. HR Muslim. Tanda manusia pada hidung. HR Ahmad. Keluar asap menutupi manusia. Ad Dukhan 10-11. Azab dan siksaan bagi orang kafir.

Halaqah ke 25 akan ditambah kemudian. Sekian.  

Selasa, Julai 02, 2024

Kursus Media Siri 3: Teknik Fotografi Profesional Dan Reka Grafik Bahan Promosi Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti sudah agak berhabuk jugalah blog ini kerana catatan terakhir adalah pada 23 Jun bermakna seminggu lebih jugalah tiada catatan baharu, pagi ini nak buat catatan sedikit tentang kursus yang telah disertai pada minggu lepas. Sebenarnya untuk tahun ini jumlah hari berkursus baru sehari, jadi disebabkan itu boss telah mengarahkan untuk sertai kursus dua hari ini. Jadi dapatlah 3 hari kursus. Dalam perkhidmatan kerajaan, setiap anggota perlu ada minimum 7 hari berkursus dalam setahun dan perkara ini dipantau sebagai pencapaian individu dan jabatan secara keseluruhannya.

Kursus ini dijalankan di National Productivity Corporation (MPC) di Kepala Batas. Ini kali pertama aku ke sini dan setibanya di tempat kursus aku tertanya-tanya apa fungsi MPC? Nampak seperti sebuah tempat berkursus yang agak lengkap. Suasananya juga agak kondusif. 

Setelah sarapan pagi di kafeteria kelas pun bermula, baru aku tahu yang pengajar bagi kursus fotografi ini ada seorang jurugambar sukan profesional. Beliau selalu ditugaskan untuk acara-acara peringkat antarabangsa termasuk Sukan Asia di China pada tahun 2023. Banyaklah dikongsikan pengalamannya semasa di kejohanan itu. Aku yang sukakan fotografi agak teruja juga dengan perkongsian pengalaman dan hasil gambar yang berjaya diambil pada ketika itu.   

Dari segi teori banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengambil gambar, apa pun praktikal yang lebih penting dan skill akan dibentuk dari pengalaman. Selain itu seorang jurugambar juga perlu editing skill yang tinggi sebelum gambar digunakan untuk tontonan. Selain itu dalam kursus ini juga diajar kaedah fotografi menggunakan mobile phone. Hasil gambar dari mobile phone yang baru sekarang mampu mengalahkan DSLR dalam aspek tertentu. Sampai aku rasa macam dah sampai masa untuk aku upgrade iPhone XR yang aku guna sekarang.

Dalam pada berkursus itu kami diberi tugasan-tugasan luar untuk mengambil gambar, gambar yang dipilih akan dibentangkan untuk dikomen oleh pengajar dan urusetia. Bagus juga pengalaman begini. Camera roll pun agak banyak dengan gambar-gambar dan aku kongsikan sebahagiannya dalam catatan ini.